MENGEKALKAN kulit wajah mulus dan bentuk badan langsing dikala usia hampir mencecah 50 tahun bukan satu perkara yang mudah. Tanpa usaha gigih dan mengamalkan gaya hidup sihat secara konsisten misi cantik tersebut sukar untuk dicapai.

Apatah lagi tahap kolagen semakin berkurangan antara 10 hingga 20 peratus apabila umur meningkat 45 tahun ke atas. Pada fasa tersebut wanita bakal berdepan dengan kehadiran garis-garis halus dan masalah penuaan.

Atas faktor tersebut segelintir wanita mungkin berpendapat sudah terlambat untuk mengamalkan rejim kecantikan wajah dan badan sebaik sahaja meniti usia 40 tahun. Namun, tidak bagi pelakon popular Bollywood, Kajol Devgan.

Bayangkan pada usia 46 tahun, heroin filem Kuch Kuch Hota Hai itu berjaya membuktikan wanita ’empat siri’ masih lagi berpeluang tampil anggun dan langsing.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah jenis diet, senaman dan gaya hidup diamalkan ibu kepada dua cahaya mata tersebut sehingga penampilan beliau dicemburui ramai wanita.

kajol
KAJOL berjaya membuktikan usia 40-an bukan penghalang untuk wanita mencapai berat badan ideal, asalkan disiplin dari segi diet dan bersenam.

Segmen Sihat Cantik kali ini kongsikan 3 tip ringkas diamalkan Kajol yang boleh dijadikan rujukan dalam kalangan wanita muda masa kini.

1 Aktif bersenam
Selepas melahirkan anak keduanya, Yug sedekad lalu Kajol yang pada ketika itu berusia 36 tahun mengambil keputusan untuk kembali memiliki berat badan ideal.

kajol
KAJOL (tengah) tekad untuk kurus selepas melahirkan anak bongsunya, Yug (depan) pada tahun 2010.

Justeru, beliau dikatakan ‘obses’ bersenam kategori high-intensity selama satu hingga dua jam setiap hari di gimnasium bagi meningkatkan stamina dan metabolisme.

Iklan

Bukan itu sahaja, selebriti tersebut turut melakukan yoga dan squat secara berkala untuk proses membakar kalori dan membentuk tubuh badan. Hasilnya, Kajol berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram.

2 Makanan sihat
Selain bersenam, wanita yang gemar mengoles penggaris mata nuansa hitam itu turut menitikberatkan aspek pemakanan untuk kondisi badan.

Oleh itu, beliau memperbanyakkan serat, ayam dan ikan dalam diet seharian. Pada masa sama, menolak pengambilan gula, kudapan dan produk makanan yang diproses.

3 Air putih
Sementara itu, Kajol yang merupakan isteri kepada pelakon Ajay Devgan memberitahu, bagi mengelakkan rasa lapar beliau akan memastikan minum air putih secukupnya dan menikmati pelbagai jenis buah dan sayur-sayuran.

Iklan

kajol

Sumber: timesofindia.indiatimes.com