SESETENGAH individu pasti pernah berhadapan situasi seumpama ini. Jarum jam menunjukkan pukul 11 malam, badan yang lelah telah baring di atas katil dan selimut pun sudah ditarik.

Bagaimanapun, sepasang mata masih terkebil-kebil sehingga sukar untuk tidur. Walhal, esoknya kamu perlu menghadiri satu janji temu bisnes seawal pukul 8.30 pagi.

Keadaan tersebut dikategorikan masalah untuk tidur pada waktu malam. Bagi mengatasinya ada yang menghirup secawan teh panas perisa bunga atau buah dan ada juga menyalakan lilin aromaterapi untuk berasa tenang melelapkan mata.

lilin
SEGELINTIR individu cenderung menyalakan lilin aromaterapi untuk menenangkan fikiran dan memudahkan mata terlelap.

Pun begitu, tahukah korang selain minuman, lilin, muzik romantik ataupun senaman ringan, mandi menggunakan air panas (hot shower) turut membantu mengatasi masalah tidur pada waktu malam.

Menerusi laman sosial Facebook, Public Health Malaysia menyatakan hasil penelitian 5,322 kajian, pengkaji daripada University of Texas, Amerika Syarikat telah menemui beberapa kebaikan hot shower.

mandi
KAJIAN mendapati mandi air panas dua jam sebelum tidur membantu mempercepatkan rasa mengantuk.

“Hasil kajian terbabit secara tidak langsung membidas mitos mengenai larangan mandi malam yang sering diperkatakan oleh masyarakat dahulu kala,” jelas posting Public Health Malaysia baru-baru ini.

Antara amalan hot shower:
– Amalan hot shower antara satu hingga dua jam sebelum waktu tidur membantu mempercepatkan rasa mengantuk dan tertidur dengan kepantasan 10 minit.

– Justeru, individu berpeluang menikmati tidur yang lebih berkualiti, sekaligus memberi rasa segar pada esok hari.

Iklan
mandi malam
Public Health Malaysia berkongsi antara kebaikan hot shower sebelum tidur pada waktu malam.

– Dimaklumkan, 90 minit merupakan masa yang optimum diperlukan untuk cooling down suhu badan sebelum tidur.

– Selain itu, mandian hot shower juga dapat merangsang regulasi tubuh yang menyebabkan peredaran darah berjalan lancar ke bahagian tangan dan kaki.

Iklan

spa kakiSumber: PHM dan Freepik