KEADAAN siku dan lutut gelap adalah salah satu masalah yang mengganggu penampilan. Meskipun hal tersebut nampak remeh, namun ia tetap merungsingkan.

Terdapat beberapa punca yang mengakibatkan perkara berkenaan berlaku.
Salah satunya disebabkan pigmen kulit. Bahagian siku dan lutut mempunyai lapisan kulit yang tebal berbanding bahagian lain.

Selain itu, kelenjar minyak yang berlebihan turut menyebabkan kulit mudah kering dan menjadi semakin rapuh.

 

Baca juga: Gelisah pori pada wajah terbuka jangan risau ikut 4 langkah mudah ini sahaja

Baca juga: Sudah meniti usia separuh abad ini makanan yang sesuai untuk dimakan dan perlu dielakkan sama sekali 

 

Geseran atau tekanan juga boleh menyebabkan kulit bahagian tersebut gelap.

Namun, tak perlu terlalu risau kerana masalah tersebut boleh diatasi dengan empat langkah seperti yang dikongsi oleh Hello Sehat:

1. Gula

Orang kata lebihkan manis dalam senyuman berbanding minuman. Fungsi gula bukan sekadar pemanis hidangan, tetapi ia juga dapat membantu proses pengelupasan kulit.

Kaedahnya campurkan gula dengan sedikit minyak zaitun agar dapat dijadikan sebagai skrub. Sapukan ke bahagian kulit dan lutut gelap. Kemudian bilas dengan air suam.

2. Minyak kelapa

Jangan salah faham! Bukan semua jenis minyak boleh digunakan untuk kulit. Hanya sebahagian sahaja yang ‘menawarkan’ manfaat sebegitu.

Antaranya minyak zaitun dan minyak kelapa. Caranya sapukan minyak kelapa pada bahagian lutut dan siku gelap selepas mandi.

Pastinya bahagian tersebut disapu sehingga minyak rata ke kawasan yang diinginkan.

Iklan

3. Aloe vera

Pelbagai kelebihan dimiliki daripada gel lidah buaya atau aloe vera. Selain daripada dapat mengekalkan kelembapan, ia turut memutihkan kulit gelap.

Mudah sahaja, ambil dan sapukan gel secara rutin untuk melihat keberkesanannya

4. Kunyit

Risau untuk menggunakan bahan lain, ambil saja sedikit serbuk kunyit dan campurkan dengan susu tepung serta air.

Iklan

Campurkan bahan agar dapat dijadikan sebagai skrub pemutih siku dan lutut gelap. Sapu dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air.

Paling utama lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil positif. Sekiranya berlaku sebarang alahan, boleh dapatkan nasihat daripada pakar untuk rawatan selanjutnya.

Selamat mencuba!

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram