HIDANGAN pencuci mulut sering dikaitkan dengan kandungan gula yang tinggi.

Menurut myhealth.gov.my, gula merupakan karbohidrat ringkas yang menyalurkan tenaga segera dan mudah diserap oleh tubuh.

Gula turut boleh didapati dalam makanan jenis karbohidrat seperti mi, roti dan nasi.

 

Baca juga: Risau warna bibir gelap berikut langkah boleh diambil bagi mengatasi

Baca juga: jaga penampilan seawal usia 30-an berikut langkah yang boleh diambil

 

Tidak hanya itu, buah-buahan juga memiliki kandungan gula dalam bentuk fruktosa.

Pengambilan gula tambahan dalam diet harian juga tidak disarankan kerana ia mudah didapati dalam makanan karbohidrat.

Disebabkan itu, pengambilan gula perlulah secara berhemah agar tidak mendatangkan kemudaratan seperti meningkatkan berat badan dan menghidapi penyakit kronik.

Antaranya seperti serangan jantung, darah tinggi dan diabetes.

Tidak hanya membuat pemeriksaan kesihatan berkala, terdapat juga tanda-tanda yang menunjukkan kandungan gula tinggi dalam badan.

Berikut antara hal yang perlu diberi perhatian berdasarkan informasi yang dikongsi oleh CNN Indonesia.

1. Keletihan

Kekerapan berasa letih atau lesu dipercayai merupakan tanda awal kandungan gula tinggi dalam badan.

2. Wajah berjerawat

Sebaiknya, cuba jauhkan makanan bergula atau manis kerana berdasarkan satu kajian kesihatan antarabangsa, individu yang mengambil gula lebih cenderung memiliki masalah kulit seperti berjerawat.

3. Berat badan

Gula berlebihan akan berubah menjadi glikogen dan disimpan dalam otot dan hati.

Iklan

Berdasarkan sehatq.com, glikogen merupakan simpanan glukosa yang berubah menjadi tenaga.

Sekiranya kandungan glikogen berlebihan, ia akan berubah menjadi trigliserida atau lemak yang menjadi punca berat badan meningkat.

4. Malas bersukan

Kandungan gula berlebihan dalam badan secara tidak langsung akan mengakibatkan seseorang menjadi malas untuk bersukan.

Ingat! Sebaiknya luangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal sekitar 20 atau 30 minit sebanyak tiga kali seminggu.

5. Sentiasa lapar

Iklan

Jangan mudah terpedaya jika berasa lapar. Hal ini kerana gula tidak mengandungi serat atau protein yang dapat membuatkan seseorang berasa kenyang.

Oleh itu, penjagaan kesihatan perlu dilakukan secara serius. Jangan terlalu ikutkan hati mahupun terpengaruh dengan populariti iklan makanan lebih-lebih lagi di media sosial.

Luangkan masa melakukan senaman atau aktiviti fizikal dan amalkan diet pemakanan sihat setiap hari.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI