MASALAH obesiti yang dialami oleh seorang jururawat sejak kecil telah membuatkan dirinya menjadi lebih bersemangat untuk menurunkan berat badan.

Gabs Amster, 22, merupakan bekas penuntut di Kolej Universiti Jururawat South Carolina, Amerika Syarikat sebelum ini pernah memiliki berat badan sebanyak 95 kilogram.

Sejak kecil, Amster sering mengambil pelbagai jenis hidangan tanpa menghiraukan kesihatan badan disebabkan sering berasa tertekan.

 

Baca juga: Tiada lagi koleksi lemak ikuti 5 senaman untuk kurangkan berat badan

Baca juga: Bertuah badan isteri susut berat badan 75 kg suami hadiahkan cincin berlian

 

Beliau yang memiliki ketinggian 162 sentimeter dengan tubuh gempal membuatkan dirinya menjadi sasaran mudah pembuli di sekolah.

Oleh kerana hal tersebut, Amster mengambil keputusan untuk meneruskan persekolahannya dengan cara pembelajaran di rumah selama setahun.

“Doktor mengatakan saya perlu melakukan sesuatu dengan berat badan. Bagaimanapun, nasihat tersebut tidak diendahkan dan dianggap serius,” katanya.

Namun, setelah setahun berada di rumah, Amster mula memikirkan bahawa dirinya perlu bertindak bagi mengelakkan berat badannya semakin meningkat.

Gadis itu kemudian mengambil inisiatif untuk melakukan aktiviti olahraga dan larian di atas treadmill di rumah.

Melihat kepada kesungguhan itu, bapanya kemudian mendaftarkan nama beliau ke gimnasium agar lebih mudah untuk melakukan senaman.

Iklan

“Saya pergi ke sana setiap hari dan kebiasaannya melakukan aktiviti seperti berlari sekitar 8 kilometer di atas treadmill atau menghabiskan sekitar satu atau lebih.

“Saya juga banyak melakukan aktiviti kardio terutama bagi mengempiskan bahagian perut dengan cara mempelajarinya secara dalam talian di YouTube,” terangnya.

Selain melakukan aktiviti fizikal, Amster turut mengawal pemakanan dengan cara menghindari kandungan karbohidrat seperti roti manakala melebihkan pengambilan protein, daging tanpa lemak dan sayur-sayuran.

Beliau turut mengawal jumlah pengambilan kalori setiap hati dan sangat berhati-hati dengan jumlah makanan tertentu seperti makanan manis.

Iklan

Usaha beliau untuk menurunkan berat badan dan mencapai sasaran berat badan sekitar 68 kilogram, bagaimanapun tergendala kerana menghidap Covid-19.

Selepas dua minggu mendapat rawatan, Amster kemudian meneruskan aktiviti beliau dengan melakukan senaman di gimnasium dan meneruskan impian murninya itu.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram