SEPANJANG sebulan berpuasa pasti ada antara kita yang berjaya mengurangkan berat badan, tetapi persoalannya mampukah ia bertahan sehingga lepas Syawal?

Juadah enak seperti lemang, ketupat dan rendang yang terhidang di depan mata mustahil untuk kita tolak. Sudah pasti tidak!

Disebabkan itu, ada antara kita yang makan ‘sampai tak ingat dunia’ .

Selepas itu, mulalah salahkan lemang dan ketupat punca berat badan naik.

Tak cukup dengan itu, gelabah tak tentu pasal dan mengadu sana sini kononnya berat mencanak naik.

Maka, mulalah bertanya sana sini atau Google mencari tip terbaik untuk mendapatkan berat badan yang ideal semula.

Jangan risau! SinarPlus akan bantu anda. Berikut kami kongsikan lima langkah mudah untuk kurangkan berat badan dalam masa seminggu saja. Tak percaya? Sila cuba dulu, baru komen.

1. Elak makanan yang diproses

  • Amalkan pengambilan makanan sebenar dan segar.
  • Ambil makanan daripada sumber protein tanpa lemak seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran yang kurang karbohidrat.
  • Elak mengambil makanan sejuk beku.

2. Aktiviti sukan

Iklan
  • Paling utama buang sikap pemalas untuk melakukan senaman.
  • Cuba cari masa yang sesuai untuk lakukan aktiviti riadah selama 30 minit.
  • Kalau boleh tetapkan masa dan disiplin bagi memastikan kita mencapai sasaran.

3. Berpuasa sekejap (Intermittent fasting)

  • Untuk praktiskan intermittent fasting, ada beberapa cara.
  • Sebagai contoh, 16 jam berpuasa, lapan jam waktu makan atau 20 jam berpuasa, empat jam waktu makan.
  • Biarpun terdapat waktu yang dibenarkan untuk makan, tetapi harus amalkan diet seimbang. Jangan main hentam je!

4. Tidur yang mencukupi

  • Pastikan anda memdapatkan waktu tidur yang berkualiti.
  • Bagi golongan dewasa, anda disarankan untuk tidur selama lapan jam sehari.
  • Jangan makan tiga jam sebelum tidur dan sebaiknya elak makan pada waktu tengah malam.
  • Paling utama dan perlu ingat. Elakkan penggunaan peranti seperti telefon pintar, tablet atau komputer sebelum tidur!
  • Hal ini kerana ia akan mengganggu penghasilan melatonin iaitu bahan kimia utama dalam otak yang membantu kita tidur.

5. Kuatkan semangat, cekalkan hati

Iklan
  • Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
  • Kita perlu menetapkan fokus dan matlamat dalam diri. Tumpukan pada sasaran agar tidak tersasar dari landasan.
  • Tetapkan masa dan jumlah berat yang ingin dikurangkan.
  • Jika ada ahli keluarga atau kenalan yang ingin turut serta, ajak mereka bersama kerana secara tidak langsung ia membuatkan kita semakin bersemangat untuk mencapai sasaran.

Oleh itu, jangan terlalu risau sekiranya berat badan ‘terlajak’ naik ketika meraihkan bulan Syawal.

Masih ada masa untuk melakukan pelbagai aktiviti lain atau cuba amalkan puasa enam dulu.

Semoga misi kita semua berjaya. Satu lagi SinarPlus nak ingatkan, jaga diri dan ‘lockdownkan’ diri di rumah bagi mencegah penularan Covid-19. Katil hospital dah penuh! #kitajagakita #kitamestimenang