MELIHAT secara mata kasar, rekaan baju Melayu kelihatan agak sama semuanya.

Hal yang membezakan mungkin antara cekak musang atau teluk belanga.

Biar apapun potongan, keselesaan saat memakainya merupakan hal penting yang diperlukan.

 

Baca juga: Siti Khadijah tampil kelainan dengan perkenalkan pakaian abah untuk kaum adam

Baca juga: Furby Sugar jenama lokal raih perhatian antarabangsa bukan sekadar busana banyak lagi item yang dihasilkan

 

Menawarkan kekemasan dan keselesaan, baju Melayu Mjestic ada kedua-duanya itu.

Mjestic menyediakan baju Melayu potongan slim fit bermula dari saiz XS hingga ke 3XL buat mereka lingkungan usia antara 18 hingga 37 tahun.

Terdapat juga zip di sisi lengan kerana bersifat mesra wuduk termasuk semi padding di bahu supaya nampak terletak selain kerongsang berbentuk bunga di poket baju sebagai simbolik Mjestic.

Perniagaan yang diuruskan oleh gandingan adik beradik Zarif Azrie Zahari dan Zarul Shafiz Zahari itu terhasil daripada kesukaran untuk mendapatkan baju Melayu bersesuaian.

Berawal dengan kegunaan sendiri, Mjestic kini mampu menghasilkan sekitar 30,000 pasangan baju Melayu untuk dipasarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Fokus niaga kami 60 peratus jualan dalam talian termasuk di platform media sosial dan Shopee. Selebihnya di butik fizikal.

“Tempahan yang banyak menyebabkan kami hadkan tarikh penghantaran pos sehingga 24 April depan kerana ingin pastikan penghantaran sampai sebelum raya,” kata Zarif Azrie.

Iklan
Zarif Azrie Zahari dan Zarul Shafiz Zahari

Baju Melayu Mjestic memiliki ciri-ciri moden kontemporari dengan kolar jenis double agar nampak lebih segak dan tak mudah kemek.

Sebanyak 35 pilihan warna, antaranya rona gelap seperti hitam, navy blue dan terang hijau zamrud, merah jambu, putih, dan biru lembut.

Harga dijual bermula RM169 hingga RM189 menakala pembelian tambahan akan menerima enam aksesori percuma.

Anda boleh dapatkan setiap helaian secara dalam talian, mjestickucing.com.my atau media sosial Facebook dan Instagram atau datang sahaja ke butik fizikal yang terletak di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.

Iklan

 

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI