KEMERIAHAN untuk menyambut kehadiran bulan Ramadan sekali gus Syawal semakin terasa.

Ini lebih-lebih lagi apabila jualan baju raya rancak diadakan di mana-mana tidak kira secara online mahupun di premis-premis.

ZALIA

Antara yang memulakan kempen awal ialah platform e-dagang terkemuka negara, Zalora.

 

Baca juga: Lakar sejarah tersendiri miriam omar pereka tunggal dari asia tenggara terpilih berkolaboratif dengan sheinforall

Baca juga: Memang selesa uniqlo-x mame kurogouchi koleksi innerwear terbaharu dengan dengan teknologi airism

 

Mereka antara lain menawarkan variasi pilihan busana bagi memenuhi setiap cita rasa wanita dan lelaki menerusi kempen ZALORAYA2022.

Ketua Pakaian Modest Zalora, Shasha Ahmad berkata, penampilan pereka fesyen terkenal dan berbakat di bawah satu bumbung dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Setelah lebih dua tahun kita 'berkurung', kini fasa pemulihan dapat memberikan kita peluang untuk menyambut dengan lebih meriah.

Nurita Harith

"Pelbagai tawaran pakaian seperti baju kurung, baju kebaya, baju Melayu, kaftan, batik dan tudung yang. Kempen kali ini turut membuka lebih banyak peluang kepada pelanggan untuk meneroka kepelbagaian gaya yang sederhana," kata beliau ketika ditemui pada acara Pertunjukan Fesyen di White Box, Publika, Kuala Lumpur.

Zalora yang kini menjadi destinasi fesyen dalam talian Asia menjalinkan kerjasama dengan Atome dan disokong oleh Alcon, Miko Galere dan Miracle.

Pada majlis terbabit, antara pereka yang mengambil bahagian terdiri daripada Nurita Harith, Yadotsa, TAS by Tom Abang Saufi, Maslea, Raeesa, Lubna dan Zalia.

Selain rekaan dewasa, terdapat juga pilihan untuk kanak-kanak yang boleh dipadankan dengan ibu bapa. Kira sedondonlah.

Memasuki penganjuran kali kelapan, ZALORAYA2022 mahu menghidupkan semula semangat nostalgia dan nilai sentimental terutama apabila ramai antara kita yang tidak dapat pulang beraya bersama keluarga di kampung halaman dua tahun sudah.

Pada pandangan SinarPlus, rata-rata rekaan yang ditonjolkan memiliki sifat minimalis, klasik dan sederhana. Tidak terlalu sarat dan sesuai dengan cuaca di Malaysia.

TAS by Tom Abang Saufi
Lubna
Yadotsa
Naelofar
Ana Aora
Maslea

 

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Artikel Menarik