MESKIPUN Tahun Baharu Cina sudah diraikan, namun semangat Tahun Harimau dalam kalendar Lunar kali ini masih tetap membara.
Masakan tidak, sambutan Chap Goh Mei yang bakal menyusul pada 15 Februari ini sekali lagi akan merancakkan lagi suasana.
Kaum wanita khususnya masih mahu tetap nampak menawan dan tampil pesona tidak mengira masa, lokasi dan waktu.
Jadi, rasanya tidak ketinggalan untuk SinarPlus kongsikan beberapa alat solekan untuk dioles agar kaum Hawa terus menang bergaya.

Palet pembayang mata Huda Beauty Tiger Wild Obsessions
Edisi terhad jenama terkemuka ini hadir dengan sembilan rona garang seperti merah dan emas. Inilah masa terbaik meluahkan kreativiti, sambil menyerlahkan sisi terbaik pemakai.

 

GINCU Huda Beauty Fierce Liquid Matte
Dirumus dengan minyak zaitun, vitamin A dan E. Bibir anda akan terus kekal lembut dan terhidrat.

 

Tatcha Edisi Terhad The Essence
The Essence akan mengubah kulit yang kusam dan dehidrasi menjadi licin dan anjal. Inovasi ini juga melindungi wanita daripada proses penuaan.

 

Iklan

Dr.Jart+ V7 Toning Mini Quatro
Krim pencerah ini diadun dengan tujuh vitamin seperti niacinamide dan pathenol yang berfungsi untuk mencerah dan menjernihkan kulit yang kusam dan tidak sekata.

 

Iklan

ONE:SIZE Go Off Juiciest Makeup Remover Wipes
Tisu lap ini bukan sahaja membantu menanggalkan solekan, malah berfungsi sebagai penyegar kulit.

Pembelian boleh dilakukan di butik Sephora atau menerusi kaedah e-dagang, sephora.my atau aplikasi Sephora, sementara stok masih ada.