MEMBELI produk pembersihan badan kelihatan mudah dan jelas bukan satu masalah besar.

Lambakan variasi bau wangian semula jadi seperti lautan, flora atau susu sudah tersedia dan hanya tinggal untuk membelinya saja.

Namun, bagaimana pula dengan mereka yang mengalami masalah kulit sensitif?

Bukan apa, penelitian dan pemerhatian khusus amat diperlukan bagi mengelakkan rasa gatal, ruam dan tidak keselesaan.

Memetik perkongsian goodhousekeeping.com, Institusi Makmal Kecantikan Good Housekeeping sentiasa melakukan kajian ke atas pencuci badan, lulur badan dan pelembap yang baik untuk kulit sensitif.

“Pencarian produk perlulah baik untuk kelembapan kulit seperti dimethicone dan gliserin serta petroleum.

“Bahan-bahan khusus perlu dikenal pasti sebelum menyentuh kulit sensitif. Justeru, langkah awal boleh diambil bagi mencegahnya,” terang wakil makmalnya.

Membantu dalam menyelesaikan perkara itu, berikut terdapat senarai produk yang disarankan untuk kulit sensitif.

1. Eucerin Skin Calming Body Wash

Pencuci badan yang menggunakan bahan yang diasaskan daripada minyak tumbuhan berkhasiat seperti kacang soya dan ricinus.

Ramuan sihat ini mampu merangsang kulit agar lebih lembap. Bahkan ia juga bebas bau wangian dan juga baik untuk kulit kering serta mengelakkan kegatalan.

2. Cetaphil Ultra Gentle Body Wash

Tidak hanya sensitif, produk ini juga baik untuk kulit kering. Badan akan berasa lebih nyaman dan segar selepas menggunakannya.

Bahan semula jadi seperti aloe vera dan gliserin mampu melembapkan kulit.

3. Vanicream Gentle Body Wash

Pencuci ini dipercayai antara produk kulit terbaik yang telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi.

Malah, ia antara yang disarankan oleh pakar perubatan.

Kandungan gliserin dan coco-glukosida ringan menjadikan produk ini baik untuk merawat dan memelihara kesihatan kulit sensitif.

Iklan

4. Cerave Hydrating Body Wash

Gabungan bahan ceramida dan asid hyaluronik mampu memutih dan menggebukan kulit.

Fungsinya juga melembapkan termasuk melindungi daripada pertumbuhan bakteria.

5. Skinfix Eczema+Foaming Oil Body Wash

Iklan

Individu yang mengalami kulit sensitif juga terdedah kepada penyakit ekzema. Oleh itu, pencuci badan khusus penting bagi mengelakkan masalah berlarutan.

Produk ini bagaimanapun dikatakan memiliki bau yang agak kurang nyaman, namun keberkesanannya tiada tandingan.

Sifatnya yang tidak terlalu berbuih termasuk tidak memiliki campuran kimia wangian berupaya melindungi kulit daripada rangsangan benda asing.

Jika berlaku sebarang alahan, sebaiknya rujuk kepada pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI