PENYAKIT memang tidak kenal usia. Kalau mahu sakit, tidak kira atau muda, pasti akan terkena.

Kata doktor, cara pemakanan, gaya hidup tidak sihat dan sejarah penyakit keluarga antara faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan.

Bercakap soal sakit, pada Ramadan ini, rasanya masalah pada bahagian tumit antara yang akan menyelubungi kita, bukan?

Masakan tidak, berdiri lama ketika menunaikan tarawih sebanyak lapan rakaat boleh juga menyumbang kepada masalah sakit tumit selain faktor-faktor lain.

Menurut laman web kesihatan physiomobile.my, sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas.

Menurut Telegram Petua dan Kesihatan pula, salah satu penyebab kepada sakit tumit adalah masalah angin dalam badan.

Justeru, berikut adalah beberapa cara yang disyorkan untuk memulihkan masalah sakit tumit secara tradisional:

i) Cara 1

Panaskan tungku atau batu selama 20 minit dan tekan pada kaki. Ingat, pastikan tungku atau batu panas dibalut dengan kemas.

ii) Cara 2

Anda juga boleh guna betik muda. Caranya, panaskan betik muda di atas api kecil. Angkat dan kemudian letakkan pada tumit hingga betik menjadi sejuk.

iii) Cara 3

Iklan

Biasakan meminum segelas lemon panas. Selain itu, anda juga boleh membuatkan air detoks lemon dan minum setiap kali bangun daripada tidur. Amalan berkenaan bertujuan untuk membuang toksin dan sekali gus meredakan masalah pada kaki.

iv) Cara 4

Setiap kali bangun pagi, amalkan makan bawang putih yang telah dibakar. Lakukan amalan itu setiap pagi kerana dipercayai baik untuk memulihkan masalah angin dan mengurangkan kesakitan.

Iklan

Namun demikian, terdapat satu lagi kaedah tradisional yang popular dan sering diamalkan iaitu:

  1. Sediakan satu kilogram garam kasar.
  2. Goreng garam tersebut tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar.
  3. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih.
  4. Selepas itu, gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit.

Artikel berkaitan: Petua hilangkan sakit kaki. Tak perlu pergi spa, boleh buat sendiri di rumah

Semoga perkongsiaan daripada SinarPlus ini berguna kepada anda semua! Selamat berpuasa.