CLARINS, jenama penjagaan kulit yang dipercayai dan telah berada di pasaran selama lebih dari 60 tahun memperkenalkan inovasi baharu Clarins UV PLUS (5P) Antipencemaran SPF 50-PA +++ baru-baru ini.

Disifatkan sebagai pelembap perlindungan termaju untuk kulit, produk tersebut dilengkapi dengan teknologi Pertahanan 5P Revolusi yang berupaya mencegah kerosakan kulit.

Diekstrak daripada daun mangga organik yang kaya dengan molekul antioksidan turut membantu mengaktifkan NRF2 dalam merangsang dan melindungi kulit daripada sinaran UV dan pencemaran.

Dengan inovasi baharu ini, kekuatan pertahanan kulit dapat dipertingkatkan sebanyak 64 peratus, kerosakan yang disebabkan oleh cahaya biru dikurangkan sebanyak 55 peratus dan pencemaran daripada atmosfera dapat dikurangkan sebanyak 66 peratus,” kata Clarins dalam satu kenyataan.

Gel krim yang ringan, kalis peluh dan mudah diserap oleh kulit serta-merta itu juga sesuai untuk semua jenis kulit.


Terdapat tiga pilihan dengan memberi solusi berbeza iaitu Rose, Lavender dan Translucent

Iklan

Menariknya lagi, tiub dan penutup produk Clarins UV PLUS diperbuat menggunakan 36 peratus bahan kitar semula, sementara kadbod luarnya menggunakan sumber dari hutan.


Clarins UV PLUS [5P] Antipencemaran SPF 50-PA +++ boleh didapati di semua kaunter Clarins di seluruh negara dan dijual pada harga RM185 untuk 30 mililiter.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, ikuti Clarins melalui Facebook ClarinsMalaysia dan Instagram @Clarinsmalaysia.