AHC, jenama penjagaan kulit  #1 Korea memperkenalkan Essential Eye Cream for Face yang baharu di Malaysia yang kaya dengan tekstur, namun masih memberi kesegaran di samping mengekalkan kelembapan kulit.

Dengan inovasi baharu itu, anda tidak perlu menjalankan rutin 12 langkah dan menggunakan pelbagai lapisan produk yang lain!

Sebelum itu, SinarPlus nak kongsi fakta menarik ini. Dengan pengalaman lebih 20 tahun, AHC merupakan satu-satunya jenama penjagaan kulit yang secara asalnya dibangunkan untuk klinik estetika mewah di Korea Selatan.

AHC juga jenama perintis kecantikan Korea yang terkenal dengan produk penjagaan kulit ramuan premium, teknologi termaju dan mewah namun masih berpatutan. Ini termasuklah francais jualan terlaris Eye Cream for Face yang merupakan krim mata #1 Korea.

Ini apa yang korang semua perlu tahu tentang Essential Eye Cream for Face:

Jangan lupa follow kami di Instagram!

  1. DAPATKAN KULIT LICIN BAK KACA SERTA-MERTA

Essential Eye Cream for Face ini dirumus dengan peptida, vitamin dan asid amino merupakan ramuan yang sesuai digunakan pada bahagian sekitar mata dan muka sebagai pelembap kulit.

-Pati Eye Cream for Face yang baharu ini juga merupakan krim pelembap 2 dalam 1 yang terkini dan dipenuhi dengan ramuan penganjal kulit yang kaya dengan nutrien untuk memberikan penyelesaian muktamad bagi penjagaan wajah anda.

-Krim ini mengandungi 12 peptida, vitamin dan asid amino untuk meningkatkan ketahanan kulit serta tujuh jenis protein tumbuhan yang telah dipatenkan bagi membantu mendapatkan kulit yang tegang.

2. PENYAMPAIAN RAMUAN AKTIF SECARA BERKESAN UNTUK KHASIAT YANG INTENSIF

-Concentrated Microsome Technology adalah proses yang mana ramuan aktif dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil daripada pori untuk membolehkan penerapan yang berkesan ke dalam kulit.

-Ramuan-ramuan ini dikecilkan menerusi proses pengecilan mikro sebanyak tiga kali.  Partikel mikro kemudiannya dijadikan kapsul untuk memastikan penyampaian yang lancar.

-Kapsul-kapsul yang lebih halus daripada pori akan meresap jauh ke dalam kulit dan bertindak balas dengan suhu kulit, lalu membuka dan melepaskan ramuan aktif.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram!

3.  BERBILANG TUJUAN, FUNGSI DAN MANFAAT

-Krim ini merupakan pelembap berbilang fungsi yang sesuai untuk seluruh wajah anda bagi membantu mengurangkan garisan-garisan halus dan meningkatkan keanjalan kulit.

-Ia juga terbukti secara klinikal dapat meningkatkan paras kelembapan kulit anda sebanyak 82% hanya selepas sekali penggunaan.

4.  PATI KRIM MATA UNTUK SELURUH WAJAH

-Dalam amalan penjagaan kulit, krim mata diketahui sebagai memiliki konsentrasi ramuan yang paling tinggi dan teknologi yang paling maju. AHC percaya bahawa ciri kekayaan ini perlu dikongsi untuk seluruh wajah dan bukan pada bahagian mata sahaja.

Iklan

Essential Eye Cream for Face AHC ialah krim seluruh muka yang berkhasiat dan membantu pengguna mendapatkan kulit wajah Korea yang sihat dan licin dengan mudah dalam hanya satu langkah.

-Pati krim pelembap dan anti penuaan 2 dalam 1 untuk mata dan wajah ini merupakan krim untuk seluruh muka yang berkhasiat dan terbukti dapat meningkatkan kelembapan dan kelicinan kulit serta-merta sebanyak +7% selepas satu kali penggunaan.

 

Pengurus Jenama AHC SEAA, Stephanie Ko berkata, dalam tempoh pandemik yang penuh tekanan seperti sekarang, para wanita Malaysia menghargai nilai dalam meringkaskan rutin penjagaan kulit mereka kepada yang perlu sahaja.

Justeru, tidak hairanlah trend kecantikan skinimalism dan skip care kini semakin berkembang. Para wanita tempatan kini menyaksikan trend produk penjagaan kulit penyeri wajah yang minimum hinggalah tanpa mekap dan sentiasa tampil cantik di dalam dan di luar skrin,” katanya.

 

Beliau juga menyarankan kepada wanita di luar sana untuk melupakan langkah kecantikan 10, 11 atau 12 yang selama ini dipraktikkan untuk rutin penjagaan kulit.

“Dapatkan kulit yang sihat dan licin umpama kaca dengan hanya satu langkah menggunakan Essential Eye Cream for Face daripada AHC.

Iklan

“Kami mahu wanita mengalami sendiri rutin penjagaan kulit pakar estetik Korea yang mewah di rumah masing-masing. Pelembap wajah 2 dalam 1 yang dihasilkan daripada kepakaran penjagaan kulit dan ditawarkan pada harga yang berpatutan ini memiliki kualiti yang tiada bandingan untuk menawan hati para wanita di Malaysia,” katanya.

Sapukan dengan lapisan nipis sebagai rawatan semalaman dan alami kulit yang cantik dan kelihatan muda pada keesokan hari.

Essential Eye Cream for Face yang baharu disediakan dalam dua saiz, 30ML pada harga RM123 dan 10ML pada harga RM39.

Produk tersebut boleh dibeli di Watsons secara dalam dan luar talian, SASA secara dalam dan luar talian dan juga kedai rasmi dalam talian kami di Lazada, Shopee, Zalora dan Hermo.

Untuk maklumat lanjut tentang AHC, sila layari www.sedb.com, www.facebook.com/AHCBeautyMY, www.instagram.com/ahc.global dan menerusi laman YouTube AHC Beauty Southeast Asia.

Jangan lupa follow kami di Instagram!