PERNAH tak mengalami situasi yang mana korang telah menjamu hidangan makan malam sebelum pukul 8 malam, tetapi sekitar pukul 10 malam perut mula berkeroncong kelaparan.

Bagi mengelakkan rasa lapar mengganggu waktu tidur, maka nak atau tidak kita terpaksa memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro, lalu menikmatinya.

Pun begitu, tanpa disedari tabiat makan makan akan membawa kemudaratan dari segi kesihatan dan pertambahan berat badan yang menjejaskan penampilan kelak.

Ini disebabkan pada sebelah malam tubuh tidak banyak bergerak dan membakar kalori secara aktif berbanding siang hari.

berlari
TUBUH badan individu lazimnya lebih proaktif pada siang hari berbanding pada waktu malam

Justeru, bagaimana untuk mengawal diri daripada makan lewat malam?

Cuba amalkan tiga panduan yang dikongsikan oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

1 Rancang waktu makan harian
– Jangan melangkau waktu makan bagi mengelakkan rasa lapar melampau pada waktu makan seterusnya.

– Amalkan konsep suku suku separuh bagi setiap waktu makan

Iklan

buah
– Ambil snek sihat seperti buah atau susu sebelum tidur jika perlu.

2 Elak tidur lewat

tidur
– Berjaga lewat malam boleh mencetuskan rasa lapar yang keterlaluan.
– Kurang tidur menyebabkan individu sering berasa sepanjang hari.
– Elakkan aktiviti yang menyebabkan kita tidur lewat.

Iklan

3 Jika masih lapar

burger
– Elak mengambil makanan atau minuman yang tinggi kalori, gula dan lemak seperti coklat, burger, air bikarbonat atau kerepek.
– Tidur segera.