SEPERTI yang kita sedia maklum dalam proses memiliki kulit wajah berseri dan bentuk badan ideal selain senaman, pengambilan makanan sihat khususnya buah-buahan harus dititiberatkan.

Ini disebabkan setiap jenis buah itu mempunyai khasiat tersendiri. Justeru, mengambil kira faktor tersebut produk kesihatan dan kecantikan jenama TruDolly melancarkan produk baharu, TruDolly Gummies sempena ulang tahun yang ketiga.

Produk yang hadir dalam dua perisa berbeza seperti Lemon Flush dan Strawberry Glow itu bukan sahaja membantu untuk kecantikan kulit, bahkan membantu mempertingkatkan sistem ketahanan dalaman badan.

Menurut pengasas TruDolly yang juga merupakan pelakon, penyanyi dan usahawan jelita, Fazura produk baharu tersebut menawarkan pelbagai keistimewaan, apatah lagi ia diperbuat daripada buah strawberi dan lemon.

“Selain membantu mengurangkan masalah jerawat, kandungan strawberi dan lemon juga membantu meremajakan kulit serta membuang toksin di dalam badan.

“Pada masa sama, ia memberikan saya tenaga termasuk menambah baik stamina dikala melunaskan pelbagai aktiviti harian,” jelas Fazura dalam satu kenyataan kepada SinarPlus baru-baru ini.

fazura
FAZURA (kanan) dan Puteri Intan Zarith memperkenalkan produk TruDolly Gummies perisa strawberi dan lemon pada Majlis TruDolly Reborn Party di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bicara lanjut, isteri kepada Fattah Amin itu turut memberitahu, buah lemon yang terdapat dalam botol Lemon Flush Gummies bukan sahaja bertindak membuang toksin, malah kandungan Citrus Juice di dalamnya membantu melambatkan sistem pencernaan.

Iklan

Artikel berkaitan: “Jujur saya terkesan isu itu, namun kita jangan mudah menghukum seseorang”- Fazura

Sementara itu, Strawberry Glow Gummies pula mengandungi Strawberry Powder diperkaya dengan Vitamin C baik untuk kesihatan kulit) manakala Blackcurrant Powder yang tinggi antioksida menghalang penuaan kulit.

Iklan

“Saban hari saya akan memulakan kehidupan dengan mengambil TruDolly Gummies. Rasanya sedap dan mudah untuk dinikmati pada waktu pagi.

“Pun begitu, bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman badan, saya tidak ketinggalan minum antara dua hingga tiga liter air sepanjang hari,” jelas beliau yang mengasaskan jenama produk berkenaan bersama rakannya, Puteri Intan Zarith.