WAJAH Ratu Jordan, Rania Al Abdullah tidak pernah lekang menguntumkan senyuman manis.

Kasih sayang dan naluri keibuannya bukan sahaja ditumpahkan terhadap empat permata hati, Putera Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem, malah turut disalurkan kepada rakyat khususnya golongan kurang bernasib baik, kanak-kanak dan wanita di Jordan.

Ratu Rania yang kini berusia 50 tahun merupakan isteri kepada Raja Jordan, Raja Abdullah II.

Sebelum mendirikan rumah tangga baginda pernah bertugas di Citibank dan bahagian pemasaran di Apple.

Ratu jelita yang memiliki 6.2 juta pengikut di laman sosial Instagram itu sentiasa berkongsi foto aktiviti kemanusiaan dan potret keluarganya.

ratu rania
RATU Rania (tiga dari kiri) bahagia bersama suami, Raja Abdullah II dan empat cahaya mata.

Pun begitu, selain menyuntik inspirasi kepada masyarakat mengenai kecintaannya yang kerap turun padang bagi menyokong program tanggungjawab sosial, fesyen Ratu Rania turut menjadi perhatian umum.

Tidak keterlaluan menyifatkan baginda bijak memilih koleksi busana, konsep solekan dan padanan aksesori bersesuaian dengan acara ataupun lokasi yang dikunjungi.

Pendek kata penampilan baginda sentiasa memukau dan kena gaya. Apatah lagi, memiliki raut wajah jelita dan sosok tubuh persis model antarabangsa.

Jika scroll satu persatu kepingan fotonya di dalam Instagram @queenrania boleh disimpulkan graduan Ijazah Perniagaan, American University of Cairo itu selesa menyarungkan dres seleksi corak, warna dan potongan.

Iklan
ratu rania
Bertambah menarik, setiap gaun berkenaan dipadankan bersama tali pinggang berlainan rona, perincian dan metarial.

Antara yang dipraktikkan baginda ialah tali pinggang coklat suai padan dengan blaus putih polos, gaun berjalur biru bersama tali pinggang hitam dan dres hijau ala militari dilengkapi tali pinggang merah terang.

Justeru, segmen Sihat Cantik hari ini kongsikan koleksi fesyen Ratu Rania yang pernah dikurniakan Anugerah Personaliti Berpengaruh di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu awal tahun lalu.

ratu rania

Iklan

ratu rania

Sumber: Instagram @queenrania