SETIAP daripada kita pasti akan berdepan dengan masalah liang pori terbuka ‘luas’ pada bahagian hidung, dagu dan pipi ibarat ‘Terowong Menora’.

Situasi tersebut akan menjadi lebih teruk apabila melihatnya di cermin.

Biarpun kadangkala sahaja perkara tersebut berlaku, ia akan menyebabkan kulit wajah mudah kering dan terdedah kepada jerawat, selain mudah terdedah kepada kotoran.

 

Baca juga: Minyak zaitun dapat kurangkan risiko kematian akibat penyakit kronik berikut manfaat lain penggunaan

Baca juga: Ketahui 3 minuman yang mampu meroket kadar kolesterol dalam badan

 

Apalagi, pasti kulit akan menjadi lebih berminyak.

Risau tentang masalah itu, berikut cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut:

1. Timun dan tomato

Tidak dinafikan sejak dahulu lagi timun dan tomato sering dijadikan sebagai bahan semula jadi untuk kecantikan wajah.

Bukan sekadar menyegarkan bahagian muka, tetapi ia turut baik untuk kesihatan.

Caranya mudah sahaja. Campurkan timur yang telah telah dikisar bersama tepung jagung sehingga menjadi pekat. Seterusnya, sapukan pada kulit wajah dan biarkan selama 15 minit.

Kemudian bilas dengan air sejuk. Sebaiknya sapukan bahan ke bahagian kulit wajah yang sering berlaku liang pori terbuka.

Bagi tomato pula, caranya sapu kisaran tomato pada kulit wajah selama 15 hingga 20 minit sebelum bilas dengan air sejuk.

2. Putih telur

Selain timun dan tomato, putih telur juga boleh digunakan untuk mengecilkan pori muka.

Ambil putih telur yang telah diasingkan dengan kuning telur. Sapukan pada bahagian muka dan biarkan sekitar 15 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk.

Putih telur juga boleh dicampurkan dengan bijirin oats, tepung beras atau satu sudu jus lemon. Gaulkan semua bahan biar sebati dan lakukan sekitar dua kali seminggu.

Iklan

3. Ketulan ais

Kaedah ketulan ais antara cara yang termudah untuk dilakukan. Paling jimat dan boleh dikatakan tidak perlu menggunakan modal yang banyak.

Apa yang perlu dilakukan adalah ambil kiub atau pecahan ketulan ais dan balutkan dengan kain. Gosokkan pada bahagian wajah sebelum tidur.

Lakukan dengan kerap sekitar satu hingga dua minggu.

4. Lidah buaya

Bahan lain yang turut memiliki fungsi yang sama ialah lidah buaya. Selain menyegar dan melembapkan kulit wajah, lidah buaya dapat membantu mengecilkan pori.

Iklan

Biarkan sekitar 20 minit sebelum bilas dengan air sejuk. Cara ini bukan sekadar mengecilkan pori, tetapi dapat menyingkirkan minyak dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

Diharapkan kaedah yang dicadangkan dapat membantu mengatasi masalah pori terbuka.

Paling penting rajin bersihkan kulit muka selepas dan sebelum tidur. Elakkan daripada menyentuh kulit muka dengan tangan.

Sumber The Malaya Post

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram