MINYAK kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) sudah dikenali mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

Ia bukan saja bagus untuk orang dewasa, malah untuk bayi dan kanak-kanak.

Kenyataan itu turut diakui oleh Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad di Facebook miliknya.

Dr Zubaidi.

Berikut enam kelebihan VCO buat bayi menurut beliau:

1. Sebagai minyak urut.

  • Melakukan urutan pada bayi dan kanak-kanak yang sukar untuk tidur membantu mereka mendapat ketenangan untuk mudah tidur, memperbaiki kualiti tidur mereka dan meningkatkan kesihatan mereka.
  • VCO diketahui dapat membuat kulit bayi menjadi lebih lembut dan sihat. Ia memiliki kekuatan regeneratif (memperbaiki kulit) apabila diserap pada jaringan kulit untuk membantu menjaga kulit agar sentiasa tegang.
  • Caranya, sapu dan urut dengan lembut pada bahagian belakang dan bahu bayi dan kanak-kanak bagi memudahkan mereka tidur dan mendapat kulit yang cantik.

2. Mengurangkan masalah sembelit.

  • Bayi dan kanak-kanak biasa mengalami sembelit kerana mereka tidak mengambil banyak serat dalam pemakanan mereka.
  • Salah satu cara untuk mengurangkan sembelit pada bayi dan kanak-kanak adalah dengan menyapukan dan mengurut perlahan pada abdomen dengan menggunakan VCO mengikut bulatan lawan jam.
  • Urutan itu akan merangsangkan pergerakan peristalsis usus besar yang telah lama berehat. Apabila terlalu lama rehat, najis yang berada di dalam usus akan menjadi lebih keras dan sukar membuang air besar.
  • Kaedahnya, urut sehingga kanak-kanak itu membuang angin atau berasa lega atau berikan satu atau dua titik VCO yang asli ke mulut bayi sebagai pelincir najis agar mudah membuang air besar keesokkan harinya.

3. Membersihkan kotoran pada bahagian kepala.

  • VCO sangat berkesan dalam membersihkan kotoran pada kulit kepala bayi yang menyebabkan pembentukan lapisan kulit yang kering dan menggelupas pada kepala bayi.
  • Tatacaranya, lumurkan VCO pada kulit kepala bayi dan urut perlahan-lahan menggunakan jari sehingga VCO meresap ke kulit kepala.
  • Kemudian, teruskan urut secara perlahan-lahan antara 10 hingga 20 minit.
  • Akhir sekali, ambil sikat yang biasa digunakan untuk bayi atau menggunakan tuala untuk menyisir keluar kerak yang sudah lembut.

4. Menguat dan melebatkan rambut.

  • Terdapat sesetengah bayi yang dilahirkan dengan rambut yang tidak lebat. Selain dari faktor genetik dan pemakanan, ia juga disebabkan oleh faktor penjagaan. Jadi, rambut bayi atau kanak-kanak sebegini harus dijaga dengan lebih teliti.
  • Kaedahnya, basahkan rambut mereka dengan VCO agar ia membantu menguatkan, melembutkan dan melebatkan rambut mereka. Amalkan setiap hari untuk melihat kesan yang baik.

5. Mengatasi masalah ruam.

Iklan
  • Ruam pada kelengkang bayi biasa berlaku apabila lampin yang telah dibasahi dengan air kencing tidak ditukar dengan segera. Ini kerana sebatian urea yang ada pada air kencing akan menyebabkan ruam pada kulit.
  • Namun, terdapat juga sesetengah bayi yang mengalami ruam yang berulang kerana kulit mereka sangat sensitif pada urea yang ada dalam air kencing.
  • Jadi, sapukan VCO pada kelengkang mereka sebelum memakaikan lampin bayi. Ia akan menghalang urea bersentuhan dengan kulit bayi yang sensitif.

Baca juga: Cik Piah amal minum minyak kelapa dara, zumba untuk mudahkan proses bersalin

Iklan

6. Mengurangkan batuk.

  • Batuk sering berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ubat batuk sintetik yang dijual di farmasi dan klinik tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke bawah.
  • American Academy of Pediatrics juga tidak menyarankan penggunaan madu yang tidak dibersihkan untuk kanak-kanak yang berusia satu tahun ke bawah kerana ia mungkin mengandungi kuman berbahaya.
  • Oleh itu, bagi kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke atas, mereka boleh diberikan satu sudu VCO yang dicampur dengan satu sudu madu atau setitik dua perahan lemon atau halia.

Jadi, buat semua pembaca SinarPlus, bolehlah mencuba mengamalkan penggunaan minyak kelapa dara untuk anak-anak terutamanya yang mungkin mengalami beberapa masalah kesihatan seperti yang dikongsikan.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!