JIKA terdapat satu perkara yang kebanyakan wanita inginkan, pastinya kulit berseri, sihat dan lembap.

Selagi boleh, masalah seperti kulit kusam dan kering, jeragat, pori tersumbat dan lapisan pelindung kulit yang lemah mahu dielakkan.

Jangan risau, kesemua kebimbangan itu boleh ‘disingkirkan’ dengan bantuan rangkaian Nutox Renewing Treatment serba baharu dan dipertingkatkan.

 

 

Ketua Pemasaran Tohtonku Sdn Bhd, Vicky Lim berkata, inovasi terkini itu sesuai untuk semua jenis kulit.

Ujar Vicky, rangkaian Nutox Renewing Treatment bermatlamat bukan sahaja untuk memperbaharui kulit, tetapi pada masa sama meningkatkan penghidratan dan keserian kulit menerusi Actistem Gold Nest.

Selain itu, penemuan ulung teknologi Tri-Lumines Complex telah dihasilkan khusus untuk memperbaiki kulit yang kusam.

“Setiap produk diformulasi khas untuk membantu menangani kebimbangan kulit yang berpunca daripada stres, kurang tidur dan terlalu terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan kulit.

“Ia terdiri daripada ramuan-ramuan terbaik yang bertujuan untuk memperbaharui dan meremajakan kulit anda. Rangkaian Nutox Renewing Treatment ini juga bebas daripada kandungan paraben dan bahan pewarna.

Vicky menambah, selain itu, dua produk utama rangkaian tersebut iaitu Moisturising Essence and Ampoule telah terbukti secara klinikal dan diuji secara dermatologi bagi memastikan kulit lebih sihat, lembut dan lembap.

 

 

“Dengan kandungan melembap yang terbukti secara klinikal bagi menangani masalah kulit kering, Nutox Renewing Treatment Moisturising Essence menyediakan peningkatan segera kelembapan wajah.

“Esen ini memberikan kelembapan kulit serta-merta yang bertahan sehingga 72 jam, menyerlahkan dengan jelas wajah yang lebih sihat, kulit lembut dan anjal setelah beberapa penggunaan,” katanya lagi.

Satu lagi produk utama adalah Nutox Renewing Treatment Ampoule yang berperanan sebagai penyelamat multifungsi yang membantu pengelupasan dan memperhalusi kulit.

 

 

Rangkaian Nutox Renewing Treatment ditawarkan dari harga RM26.90 hingga RM88.90 dan boleh didapati di rangkaian serta gedung online Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian.

 

Secara ringkasnya, produk-produk dalam rangkaian Nutox Renewing Treatment terdiri daripada:

a) Nutox Renewing Treatment Milk Cleanser (100ml) =RM26.90

b) Nutox Renewing Treatment Moisturising Essence (150ml) =RM79.90

c) Nutox Renewing Treatment Ampoule (30ml) =RM88.90

d) Nutox Renewing Treatment Creme (30ml) =RM52.90

e) Nutox Renewing Treatment Sleeping Mask (30ml)=RM65.90

 

Selamat mencuba!