KETIKA perintah kawalan pergerakan penuh ini, ramai yang memilih untuk memasak di rumah berbanding membeli makanan di luar.

Walaupun ia sedikit ‘renyah’ kerana memerlukan tenaga dan masa yang panjang, menyediakan sendiri sajian untuk keluarga lebih menjimatkan.

Makanan bergoreng yang memerlukan proses goreng tenggelam seperti cekodok, keropok dan ayam goreng adalah sajian kegemaran di Malaysia.

Jangan cuba petua sembarangan! Ini caranya merawat luka akibat terkena minyak panas di rumah

Walaupun teknik masakan ini menghasilkan makanan yang lebih sedap, korang mungkin akan terdedah kepada pelbagai risiko bahaya. Penggunaan minyak pada suhu tinggi sebagai medium memasak boleh mengakibatkan kejadian seperti melecur akibat terpercik atau terkena tumpahan minyak.

Luka melecur peringkat pertama dan kedua yang kebiasaannya akibat kemalangan di dapur sama ada terkena percikan minyak, air panas atau terkena api.

Kebiasaannya, untuk mengubati bahagian melecur orang ramai menggunakan petua tradisional yang tidak berkesan seperti menyapu mentega, ubat gigi atau sos kacang soya.

Walaupun ramai mempercayai bahawa kaedah ini dapat membantu menyembuhkan luka dan melegakan kesakitan, tetapi bahan-bahan tersebut bukan sahaja tidak berkesan malah mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

Perkara paling mustahak apabila terkena lecuran akibat daripada percikan api atau minyak panas ialah melakukan pencegahan awal dengan menyiram air bersih mampu mengurangkan kesakitan.

Baca juga: Ketap dan jilat bibir antara ‘big no’. 3 tabiat ini perlu dijauhi

 

Jangan cuba petua sembarangan! Ini caranya merawat luka akibat terkena minyak panas di rumah

Biarkan air pada suhu biasa misalnya air paip mengalir di atas permukaan kulit yang melecur kira-kira 20 minit.

Jangan letakkan apa-apa bahan dan dapatkan rawatan perubatan segera.

Adakalanya petua memburukkan lagi keadaan. Ia mendedahkan luka kepada jangkitan kuman dan melambatkan proses penyembuhan. Empat petua ini koranng perlu elakkan sama sekali!

Iklan

1. Sapu mentega
Jangan sesekali sapu mentega pada luka. Tidak ada bukti yang menyokong keberkesanan mentega sebagai penawar luka melecur, malah boleh menyebabkan luka bakar korang lebih teruk. Mentega mengekalkan haba dan juga mungkin mengandungi bakteria berbahaya yang dapat menjangkiti kulit yang terbakar.

2. Putih telur
Antara petua lain ialah putih telur. Sebenarnya, putih telur yang tidak dimasak membawa risiko jangkitan bakteria. Telur juga boleh menyebabkan reaksi alergi. Jangan cuba-cuba sapu ia pada luka melecur.

3. Ubat Gigi
Ini petua popular yang sebenarnya tidak membantu penyembuhan. Jangan sekali-kali menggunakan ubat gigi pada luka bakar kerana ia boleh merengsakan lagi luka melecur dan mendedahkan ia kepada jangkitan kuman.

Selain tiga petua ini, elakkan juga menggunakan bahan yang tidak diketahui tahap kebersihannya.

Kulit melecur? Ini langkah awal perlu buat

Iklan

 

Luka terbakar ringan atau melecur biasanya memakan masa sekitar satu atau dua minggu untuk sembuh sepenuhnya dan dan biasanya tidak meninggalkan parut.

Baca juga: Cabaran bekerja dari rumah banyak gangguan dan memberi tekanan. Ketahui tips untuk kekal produktif

Jika korang merawat dengan betul, luka akibat terkena minyak panas ini bukan sahaja cepat sembuh malah boleh mengurangkan kesakitan dan mencegah jangkitan.

Oleh itu, penting untuk korang mengetahui cara merawat luka melecur di rumahdan mendapatkan rawatan perubatan segera. Apa-apa pun, sentiasa utamakan keselamatan diri ketika memasak.