MINYAK masak merupakan keperluan penting ketika ingin menyediakan makanan sama ada menggoreng atau pelbagai kaedah masakan lain.

Baru-baru ini, Dr Ahmad Samhan ada berkongsi mengenai penggunaan minyak masak yang dipakai secara berulang kali.

Jelasnya, minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.

Itu kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.

“Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

“Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang,” ujarnya.

Jadi, buat orang ramai di luar sana, berikut pesanan daripada Dr Ahmad Samhan:

1. Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.

2. Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

Iklan

Baca juga 5 tip elak minyak masak jadi hitam selepas digunakan

3. Hati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1 kilogram (kg). Kajian menunjukkan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Iklan

4. Elakkan daripada membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.

5. Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.

6. Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.

“Ingat, jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan,” pesannya.