MEMBERUS gigi adalah aspek penting dalam penjagaan kesihatan mulut kepada setiap individu tanpa mengira usia.

Namun demikian, perlu diingatkan bahawa tunggu 30 minit selepas makan barulah anda boleh memberus gigi.
Kenapa perlu sedemikian?

Kongsi Dr Azila Mohd Kasim, perkara itu benar sama sekali kerana sekiranya anda telah memakan sesuatu terutama yang berasid, anda harus mengelakkan menggosok gigi kira-kira 30 minit selepas itu.

“Makanan yang mengandungi asid sitrik seperti jeruk, limau dan lemon, akan melembutkan enamel gigi untuk sementara waktu.

Baca juga Sukan guru terbaik pupuk nilai murni, pengajaran dalam kalangan generasi muda

“Kalau anda memberus gigi terlalu cepat setelah memakannya, ia boleh merosakkan enamel kerana enamel berada dalam keadaan lemah,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, memberi gigi masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan asid dan meneutralkan enamel dan bakteria di mulut.

Iklan

Apa yang berlaku jika gigi anda tidak mempunyai atau hilang enamel?

Ketahuilah bahawa, tanpa enamel, bahagian sensitif gigi anda terdedah kepada bahan yang merosakkan dalam persekitaran dalam mulut.

Iklan

Oleh sebab itulah gigi lebih mudah terdedah kepada kerosakan dan boleh menjadi sangat sensitif dan menyakitkan.

“Selain memberus gigi, anda juga boleh berkumur dengan air kosong atau air paip selepas makan,” pesan Dr Azila.