JERAWAT memang isu biasa, namun ia tetap mempengaruhi kualiti kehidupan seseorang.

Justeru, bagi menangani masalah tersebut, Mentholatum baru-baru ini melancarkan Mentholatum Acnes.

Ia merupakan rangkaian penjagaan masalah kulit nombor satu Jepun yang dibangunkan oleh Rohto-Pharmaceutical, sebuah syarikat farmaseutikal global yang berpengalaman lebih 120 tahun dalam bidang teknologi farmasi.

Menurut kaji selidik oleh Mentholatum, 72 peratus responden mengalami perkembangan kulit yang positif selepas 30 hari menggunakan Mentholatum Acnes, manakala tiga daripada empat individu mengatakan keadaan kulit mereka bertambah baik hanya selepas tujuh hari mengaplikasikannya.

Rangkaian Mentholatum Acnes terdiri daripada:

i. Mentholatum Acnes Creamy Wash

Sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat. Selain mengandungi asid amino, inovasi ini mengandungi asid salisilik (BHA) untuk membersihkan liang pori dan membantu melawan jerawat.
Kandungan antioksidan dan antiradang ekstrak avocado juga membantu menenangkan kulit dan berfungsi mengawal masalah kulit berminyak. Vitamin C dan E yang terdapat dalam formulasi ini juga berupaya mencerahkan kulit kusam.

ii. Mentholatum Acnes Powder Lotion

Formula pengimbangan dan pengawalan minyak ini membantu menyingkirkan sel kulit mati dan melawan cela dengan menembusi ke dalam liang pori untuk mengeluarkan kotoran. Ia juga mengandungi penyerap minyak serbuk mineral untuk membantu menyerap minyak berlebihan dan mengetatkan liang pori untuk kulit yang lebih licin.
Untuk mengelakkan kekeringan, ekstrak aloe vera ditambah untuk melembap dan menyegarkan kulit. Sama dengan Creamy Wash, Powder Lotion juga mengandungi vitamin C untuk membantu mencerahkan kulit kusam, memudarkan kesan jerawat, dan menguatkan lapisan kulit.

iii. Mentholatum Acnes Oil Control Moisturiser

Ia terdiri daripada ekstrak epal, aloe vera, rumpai laut dan chamomile membantu seseorang mendapatkan kulit lembut dan lembap. Ekstrak Ceri Liar ditambah untuk meningkatkan keanjalan kulit, sekali gus menjadikan kulit kenyal dan awet muda.

Iklan

iv. Mentholatum Acnes Anti-Acne Spot Gel

Rawatan jerawat ini mengandungi 2 peratus sulfur yang berkesan merawat jerawat yang degil. Ditambah dengan BHA, ia akan mengurangkan minyak berlebihan, menyingkirkan sel kulit mati, membersihkan liang pori dan mencegah jerawat. Ia juga mengandungi vitamin E dan ekstrak licorice untuk mereda dan menenangkan bintik-bintik jerawat yang menjengkelkan.

Untuk memulakan rutin penjagaan jerawat anda, bersihkan kulit dan letakkan kadar sesuai Mentholatum Acnes Creamy Wash pada telapak tangan yang basah dan bersihkan muka dengan lembut.

Kemudian, bilas dengan air. Selepas itu, pupur Mentholatum Acnes Powder Lotion ke kulit dengan pelapik kapas atau menggunakan telapak tangan anda.

Iklan

Untuk rawatan jerawat, sapukan Mentholatum Acnes Anti-Acne Spot Gel dua hingga tiga kali sehari pada kawasan yang terjejas.

Anti-Acne Spot Gel boleh digunakan sebelum memakai alat solekan. Sebelum menggunakannya, pastikan tangan dan kulit anda dibersihkan dengan teliti untuk mengelakkan kebarangkalian pencemaran.

Kesemua produk tersebut boleh didapati di farmasi Watsons. Untuk keterangan lanjut, layari https://www.facebook.com/MentholatumAcnesMY