MASALAH berat badan sering menjadi satu hal yang sering dirisaukan tidak mengira sama ada lelaki atau perempuan.

Pelbagai kaedah seperti kawalan pemakanan dan aktiviti fizikal antara solusi untuk mengatasi perkara itu.

Bagaimanapun ada cara lain yang boleh membantu untuk mengawal berat badan dengan cara sihat dan mengenyangkan.

Memetik laporan CNN Indonesia, campuran sayuran dan buah-buahan boleh dijadikan sebagai hidangan diet.

Caranya dengan mencampurkan buah-buahan dan sayuran bersama bahan lain seperti ais, susu rendah lemak yang dikisar atau dipanggil smoothie.

Berikut empat resipi yang boleh dijadikan santapan baik untuk kesihatan dan diet seimbang.

1. Kiwi dan sayur hijau

Gabungan rasa masam manis kiwi dan sayur hijau seperti bayam, kangkung dan brokoli boleh dijadikan sebagai minuman kesihatan. Minuman itu turut menggandungi pelbagai khasiat yang membawa manfaat kepada terutama untuk mengawal berat badan.

2. Kayu manis dan strawberry

Kedua-dua bahan seperti kayu manis dan buah strawberry sering digunakan dalam hidangan pencuci mulut. Bagaimanapun gabungan dua bahan tersebut turut memiliki kelebihan terutama membantu melancarkan pencernaan.

Selain memiliki kelebihan untuk menurunkan berat badan, buah strawberry juga memiliki kandungan rendah kalori dan kaya serat.

Caranya dengan mencampurkan satu mangkuk strawberry beku, satu gelas susu rendah lemak, 1/2 sudu teh kayu manis bersama sedikit ais.

3. Epal hijau dan sayur hijau

Buah epal hijau turut boleh dicampurkan bersama sayuran hijau lain seperti bayam untuk dijadikan sebagai minuman berkhasiat.

Iklan

Kandungan bayam yang kaya dengan pelbagai manfaat untuk tulang, jantung dan mampu menguatkan imunisasi.

Kaedah mudah untuk dilakukan dengan cara campurkan sedikit bayam bersama buah epal hijau yang sudah dipotong sebelum kisar semua bahan dengan sedikit ais, susu rendah lemak.

4. Nanas dan kunyit

Mungkin kedengaran janggal apabila campurkan kunyit dengan nanas, tetapi ironinya gabungan dua bahan itu bagus untuk kesihatan.

Iklan

Kunyit turut memiliki manfaat seperti mengelakkan masalah obesiti dan kenaikan berat badan.

Caranya dengan mencampurkan nanas beku dan 1 ruas jari kunyit segar bersama sedikit ais termasuk susu rendah lemak atau jus nanas. Kunyit segar juga boleh ditukarkan dengan satu sudu serbuk kunyit.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram