IRONINYA, kita mengenali kulit kayu manis sebagai bumbu melazatkan masakan memandangkan ia sejenis rempah beraroma tinggi.

Pun begitu, tanpa disedari ia juga mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kondisi kesihatan.

Menurut jurulatih kecergasan, Mohd Akmal Vahidi, kayu manis diperoleh dari batang pohon kayu manis.

“Kulit dalaman batang tersebut diekstrak manakala bahagian kayu dibuang,” tulisnya dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Menerusi posting yang sama Mohd Akmal juga berkongsi lima manfaat kulit kayu manis.

1- Antioksidan
Ia berfungsi sebagai antioksidan berupaya melindungi tubuh badan daripada kerosakan sistem badan berpunca dari radikal bebas.

2- Keradangan
Kulit kayu manis membanti mencegah keradangan dengan cara melawan jangkitan dan membaiki tisu rosak.

3- Penyakit jantung
Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengamalkan 1 gram atau separuh sudu teh kulit kayu manis setiap sehari.

Iklan
kayu manis
MOHD AKMAL (gmbar kecil) menyifatkan kulit kayu manis yang beraroma tinggi membantu memberi manfaat pada kondisi kesihatan individu.

4- Paras kolestrol
Ia membantu menurunkan paras kolesterol tidak sihat atau jahat, sekali gus merendahkan paras gula dalam darah.

5- Jangkitan bakteria
Ia membantu melawan jangkitan bakteria termasuk merawat saluran pernafasan yang dijangkiti fungi dan membantu mencegah kerosakan gigi.

Iklan

Artikel berkaitan7 cara mudah tingkatkan tenaga setiap hari

Sumber: Facebook @Mohd Akmal H Vahidi dan Canva