KEPADA peminat jenama Nike, kedai konsep Nike Rise kini dibuka di pusat beli-belah terkemuka negara, Pavillion di Kuala Lumpur.

Pengarah Kanan Kedai Nike, Asia Tenggara & India, Tarundeep Singh berkata,  pembukaan premis berkenaan memiliki banyak keistimewaan dan memberi pengalaman yang lebih menarik kepada para pengunjung.

Selain membawakan pelbagai produk khas dan tawaran bermusim buat golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak, Nike juga menawarkan akses awal ke atas keluaran eksklusif jenama itu termasuk jemputan menghadiri acara kepada ahli bertaraf premium.

Nike Rise di sini juga menawarkan perkhidmatan janji temu bagi pengguna yang ingin datang ke kedai untuk membeli-belah, di samping khidmat penghantaran terus ke rumah atau mengambil barangan pengguna di tempat yang disediakan di dalam Pavillion,“ katanya baru-baru ini.

Khas untuk kaum Hawa, pelbagai koleksi kasut, pakaian untuk kecergasan, larian, yoga dan santai termasuk khidmat penggayaan peribadi turut disediakan.

BACA JUGA SKECHERS x One Piece kembali, koleksi anime kegemaran ramai terbaharu dengan warna lebih wow!

Iklan

Sebagai tambah nilai, Tarundeep memberitahu,  premis tersebut turut dihiasi dengan siri ilustrasi Nike By You yang dihasilkan oleh artis tempatan, Shu Yee.

Dalam pada itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SUTL Global, Arthur Tay berkata, pembukaan Nike Pavilion di Kuala Lumpur menandakan satu lagi kejayaan SUTL sebagai pengedar barangan pengguna dan gaya hidup yang terkemuka di Asia.

Iklan

“Walaupun berdepan  dengan situasi mencabar lebih-lebih pada era Covid-19, kami percaya usaha bersepadu untuk transformasikan gaya hidup sukan akan membuahkan kejayaan,“ katanya.