MENGAWAL pemakanan dan meluangkan masa melakukan aktiviti riadah antara perkara yang dapat membantu kita untuk menjalani kehidupan sihat.

Pengambilan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hidangan segar juga baik untuk tubuh badan.

Khasiat yang terkandung dalam makanan bukan sekadar bermanfaat untuk tubuh badan, malah ia juga dapat mengurangkan risiko daripada mengalami penyakit kronik.

 

Baca juga: Gelisah pori pada wajah terbuka jangan risau ikut 4 langkah mudah ini sahaja

Baca juga: Pening kepala kulit kaki banyak parut guna lima bahan semula jadi ini untuk merawatnya

 

Namun, bagi kaum, wanita bukan sekadar kesihatan dalaman sahaja yang perlu dijaga, tetapi kecantikan luaran turut diambil kira.

Bagaimanapun, pemilihan produk kosmetik perlu dibuat dengan bijak agar tidak tersalah pilih.

Justeru, berikut empat hal yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan we-heart.com.

1. Teknik pemasaran

Terdapat pelbagai jenis produk di pasaran yang menawarkan tahap keberkesanan sama kepada pengguna.

Disebabkan itu, mereka saling bersaing dengan menggunakan pelbagai kaedah pemasaran bagi memastikan jenama mereka menjadi ‘pujaan’ pengguna.

Tidak menjadi salah sekiranya membeli produk tular atau yang digunakan oleh selebriti atau influencer, tetapi perlu diingat setiap daripada memiliki tahap kesihatan berbeza.

Sebaiknya, dapat khidmat nasihat daripada pakar dan kaji bahan dan kesan menggunakan produk tersebut sebelum membelinya.

2. Tarikan wangian

Haruman segar dan bau yang menyenangkan sudah pastinya membuatkan sesuatu produk itu kelihatan menarik. Namun, harus diingat aroma yang terlalu kuat kadangkala mengandungi bahan kimia yang terlalu tinggi.

Oleh itu, kenal pasti bahan yang digunakan agar bersesuaian bagi mengelakkan mengalami sebarang alahan.

3. Promosi

Siapa yang tidak suka dengan potongan harga. Pantang sahaja melihat papan tanda diskaun atau ‘sale’ di pasar raya.

Iklan

Namun, jangan mudah terpedaya kerana tidak semua barang yang dijual benar-benar murah.

Hal demikian kerana banyak kemungkinan produk tersebut dijual pada harga rendah kerana sudah menghampiri tarikh luput, rosak atau kurang mendapat sambutan.

Disebabkan itu, periksa terlebih dahulu produk dengan teliti dan membuat perbandingan harga di beberapa buah kedai lain.

Sekiranya benar berpatutan, apa tunggu lagi? Sambar saja!

4. Dapatkan maklumat

Cuba didik diri dengan ilmu melibatkan nama saintifik bahan dalam produk. Hal ini kerana setiap satunya memiliki nama khas.

Beberapa contoh bahan seperti glycerin (kandungan semula jadi dalam krim), ceramides (kandungan melembapkan kulit wajah) dan retinol (kunci kandungan untuk krim malam dan kolagen).

Iklan

Secara ringkasnya, ketahui apakah produk yang anda perlukan untuk kegunaan hari siang dan malam.

Jangan terlalu termakan dengan iklan di kaca televisyen atau promosi gila-gila daripada mana-mana influencer atau selebriti.

Tak semestinya bagus untuk mereka, okey untuk anda.

Diharapkan perkongsikan ini dapat membantu untuk menilai semula kajian sebelum membeli sebarang produk.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram