JARUM jam tepat menunjukkan pukul 10 malam. Badan direbahkan di atas katil, lalu tangan menarik selimut dengan lembut.

Kemudian, mata pun dipejamkan, namun selepas beberapa saat celik semula, maka dengan pantas tangan mencapai telefon pintar.

Tujuannya bukan untuk menghantar atau membalas pesanan WhatsApp, tetapi ingin membeli-belah secara online.

Pasti situasi seumpama ini sering dilakukan oleh sebahagian besar individu. Minda dan fizikal baru sahaja diatur untuk berehat, namun lain pula yang berlaku.

Trend kehidupan masyarakat hari ini nampaknya semakin berubah daripada kebiasaan khususnya melibatkan aktiviti membeli-belah secara maya.

beli belah online
PENGGUNA moden hari ini sanggup mengetepikan kualiti tidur semata-mata untuk shopping secara online tanpa mengira masa.

Kita sanggup bersengkang mata meneliti satu-persatu produk tanpa mengambil kira kondisi mata dan badan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Public Health Malaysia (PHM).

Menurut PHM, bungkusan barang tempahan yang tiba siang tadi pun belum dibuka, namun pengguna telah mula gelisah apabila melihat bakul maya kosong tanpa produk.

“Jika dahulu, pusat beli-belah mengumumkan gedung akan ditutup pada pukul 10 malam. 

“Kini anda boleh membeli-belah pada bila-bila masa termasuk di atas katil sambil berbaju kaftan,” kata kenyataan terbabit menerusi laman sosial Facebook, PHM baru-baru ini.

Tambahnya, perkara sedemikian akan menjadi masalah jika shopping online bertukar rutin wajib sebelum tidur.

“Kesannya cahaya biru yang terpancar daripada gajet akan menyebabkan hormon melanin terganggu.

“Kualiti tidur terjejas sehingga menggangu produktiviti keesokan hari. Hormon adrenalin merebut barang-barang promosi pada lewat tengah malam pula memburukkan lagi keadaan. 

“Tidak cukup dengan itu, anda akan membandingkan harga, membaca reviu dan akhirnya menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk satu barang,” ujarnya lanjut yang turut menyatakan golongan wanita lebih berisiko terjebak melakukan aktiviti tersebut.

Iklan
tidur keletihan
TIDUR malam yang terjejas turut menganggu produktiviti pada keesokkan harinya.

Justeru, jika obsesi terbabit tidak dikawal sudah tentu ia mendatangkan ‘sakit’ pada hujung bulan terutamanya berbelanja menggunakan kad kredit.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah berkenaan jom ikuti tip ringkas ini.

beli belah online– Elak beli-belah online pada waktu malam khususnya selepas pukul 10 malam.

– Kenal pasti batasan belanja mingguan dan bulanan untuk aktiviti beli-belah secara maya. 

Iklan

– Memahami tempoh bila sudah ‘cukup’ berbelanja. 

tidur online– Mengetahui waktu untuk berhenti dan meletakkan telefon jauh dari tempat tidur.

– Elak cahaya skrin gajet kerana ia mengehadkan rembesan hormon melatonin yang membantu untuk tidur.

tidur