SEJAK penularan pandemik Covid-19, masyarakat sentiasa dinasihatkan menitikberatkan aspek penjagaan diri. Pada masa sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memutuskan rantaian koronavirus.

Selain memastikan tangan dicuci menggunakan air bersih ataupun dengan cecair pembasmi kuman, kita juga diwajibkan memakai pelitup muka. Maklumlah, virus Covid-19 disebarkan melalui titisan cecair yang terhasil daripada percikan air liur ketika batuk atau bercakap.

Artikel berkaitanDr Amanda Kongsi Manfaat Vitamin C, Tip Atasi Masalah Mask Acne

Berbicara mengenai pemakaian topeng muka sukar untuk menidakkan segelintir wanita ‘mengeluh’ kerana menyifatkan aksesori norma baharu itu menutup sebahagian wajah khususnya mereka yang gemar bersolek.

mea sukriPun begitu, siapa kata dengan memakai pelitup wajah wanita tidak boleh mengoles solekan? Jom ikuti perkongsian bersama MUA profesional, Mea Sukri menerusi segmen Soal Jawab Netizen (SJN) Edisi Sihat Cantik sempena Sinarplusversary, 1 Mac lalu.

SJN: Bagaimana caranya untuk memastikan solekan tahan lama biarpun dalam keadaan memakai mask?

mekap solekanMEA: Tidak dinafikan, sesetengah wanita enggan mekap berlebihan kerana bimbang krim asas, bedak asas atau lipstik melekat pada permukaan mask.

Justeru, solusi terbaik pilih kosmetik jenis kalis air ataupun non transfer yang mana selepas dioles ia akan kekal lama pada permukaan kulit wajah. Solekan juga tidak tampak comot apabila mask ditanggalkan.

SJN: Sepanjang pandemik ini norma baharu juga memerlukan orang ramai bekerja dari rumah. Adakah berada di kediaman peribadi pun wanita harus bersolek?

mekap solekanMEA: Tiada salahnya wanita bermekap, tambahan pula mereka yang perlu kelihatan kemas dan menawan apabila menyertai meeting secara online. Konsep solekan disarankan adalah minimalis yang hanya memerlukan item asas.

Penggunaan krim asas, bedak kompak, pemerah pipi dan calitan gincu warna pilihan sudah memadai bagi mengelakkan wajah tampak kusam dan tidak bermaya.

Iklan

SJN: Boleh Mea kongsikan tip solekan bagi memudahkan wanita menunaikan solat tanpa perlu mengambil masa lama untuk menanggalkan mekap?

mekap solekanMEA: Saranan saya, gunakan sahaja CC Cream atau CC Cushion yang mengandungi krim pelindung cahaya matahari kerana ia mudah dibersihkan hanya menggunakan tisu basah. Seterusnya, cuci dengan air bersih.

Ingat, jangan sesekali mengabaikan pemakaian krim pelindung cahaya matahari kerana inisiatif itu membantu mengelakkan keradangan kulit wajah.

Iklan

mekap solekan

Artikel berkaitanPelitup Muka Punca Muka Berjerawat. 3 Tip Mudah Ini Boleh Membantu

Selamat mencuba!