TIADA cara lain yang lebih efektif untuk mendapat wajah yang mulus dan kulit yang cantik selain meneguk air yang mencukupi setiap hari.

Island Chill yang merupakan air yang kaya dengan mineral lembut dan sederhana berasal dari negara Fiji antara lain boleh membantu merealisasikan matlamat itu.

Berdasarkan rekod, jenama tersebut telah diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh sebuah badan antarabangsa, Taste & Quality Institute (iTQi) dari Brussels, Belgium.

Island Chill juga merupakan salah satu label yang dipercayai di dunia apabila memenangi anugerah selama tujuh tahun berturut-turut dengan skor keseluruhan sebanyak 90 peratus.

Iklan

Island Chill mengandungi kandungan silika semula jadi di Fiji. Silika membantu seseorang mendapatkan rambut yang sihat, kulit yang berseri, kuku yang kuat dan sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang. Silika juga meningkatkan keseimbangan hormon mineral yang tepat, memberi tenaga kepada sistem imun,“ kata Island Chill dalam satu kenyataan.

Island Chill dibotolkan menggunakan PET bebas kitar semula. Setiap botol didapati dalam kapasiti 500 mililiter dan 1.5 liter. Ia boleh dibeli melalui www.islandchillfiji.com.my/shop/.

Iklan

(Jom cantik: Cantikkan wajah dengan Smokey Nude Glow Kit, pek kecil mudah dibawa ke mana-mana)