JENAMA kecantikan terkenal antarabangsa, FILORGA baru-baru ini memperkenalkan rangkaian Skin-Unify Intensive terbaharunya.

Jenama dari Perancis itu dalam satu kenyataan menyebut, varian terbaharu berkenaan diilhamkan daripada tiga teknik perubatan estetik yang bertindak memulihkan tona kulit sekata.

Untuk Skin-Unify Intensive, FILORGA telah berkerjasama dengan ahli jawatankuasa saintifiknya yang juga pakar bedah muka estetik terkenal dunia, Dr Frederic Braccini.

Berikut adalah perincian ringkas produk terbaharu itu:

i) Serum antibintik hitam
Mengandungi peptida biomimetik dan polifenol yang banyak ditemui dalam teh hijau. Ia bersifat antioksidan dengan kuasa antipencemaran. Inovasi baharu ini dapat menyekat kesan toksin yang menjadi penyebab kepada bintik-bintik gelap dan kulit muka yang kusam.
Cara pemakaian: Sapu pada setiap waktu pagi dan petang ke seluruh bahagian muka dan leher.

Iklan

ii) Krim antibintik hitam
Memastikan tona kulit anda sempurna dengan serta-merta. Ia juga membantu melicin dan menghidratkan tekstur (kulit) untuk keselesaan yang tiada tandingan.
Cara pemakaian: Sapukan pada setiap waktu pagi dan petang ke seluruh muka dan leher.

Iklan

iii) Krim perlindungan sinaran
Formula hibridnya menjadikan kulit si pemakai dilindungi daripada sinaran cahaya yang membimbangkan.
Cara pemakaian: Gunakan pada waktu pagi sebelum anda mengoles mekap atau selepas solekan. Sapu krim pada bahagian yang paling memantulkan cahaya seperti pada tulang pipi, kening, dagu dan batang hidung.