Mahu kulit flawless seperti selebriti Korea? Tak susah sebenarnya.

Dengan NUDESKIN by NUDESTIX, impian itu mudah diperoleh.

Menariknya lagi, NUDESTIX pada kali ini berkerjasama dengan pakar dermatologi selebriti, Dr Jason Emer dalam menghasilkan inovasi terbaharu itu.

NUDESKIN antara lain berfungsi lebih efisien dalam rejim penjagaan kulit dengan empat langkah.


Formulasi NUDESKIN by NUDESTIX yang 100 peratus vegan dan bebas gluten bertindak dengan empat langkah itu membersih, melembapkan, membantu kulit daripada mengulapas dan menyeimbangkan tona kulit.

“Kerjasama saya dengan Nudestix membolehkan saya berkongsi ramuan dan resepi sains untuk mencapai kulit idaman, serta penyelesaian terbaik dalam mendapatkan kulit wajah yang bersih bersinar.
“NUDESKIN telah dirumus, diuji dan diluluskan untuk membantu tanda-tanda penuaan kulit, kerosakan, cela dan keradangan menggunakan prinsip pembaharuan kulit yang kerap berlaku untuk kebanyakan masalah kulit tanpa mengira usia dan jantina.,” kata Emer.

 

Berikut adalah perincian NUDESKIN by NUDESTIX untuk anda memiliki kulit bersih dan mulus:

Iklan

Citrus Clean Balm & Make-Up Melt: Membantu memudahkan kesan solekan dan membersihkan kulit di samping mencerah dan melembutkan.

Vegan Bamboo-Derived Cleansing Cloths: Turut berfungsi menghilangkan kesan solek, membersih dan melembapkan kulit.

Gentle Hydra-Gel Face Cleanser: Gel tidak berbuih itu menghilangkan solekan semula jadi, mencerahkan warna kulit dan membersihkan kotoran kulit dengan lembut.

Iklan

Lemon-Aid Detox & Glow Micro-Peel: Menyahtoksin liang minyak, kotoran dan pencemaran yang berlebihan. Vitamin C yang terkandung di dalamnya memperbaharui dan mencerahkan kulit agar sihat berseri.

5% Citrus Fruit & Glycolic Glow Toner : Dibuat dengan 3 peratus asid glikolat dan kompleks asid buah (2 peratus). Membantu mempercepat proses pembaharuan sel kulit dengan melicin, mencerah, mengurangkan garis dan liang pori pada wajah.

Citrus-C Mask & Daily Moisturizer : Mengandungi Fermented Yuzu Oil dan Turmeric Extract yang melembapkan kulit, meningkatkan kolagen, membantu mengurangkan keradangan persekitaran dan menyegarkan kulit.