PERASAN tak sejak kebelakangan ini, cuaca di luar sana sangat panas sehingga membuatkan kita sebagai seorang wanita berasa tidak selesa lebih-lebih jika sedang datang ‘bulan’.

Memahami situasi tersebut, peneraju jenama pad sanitari, Kotex memperkenalkan Kotex Herbal Cool yang merupakan satu-satunya inovasi yang terdapat di pasaran.

Pengurus Pemasaran bagi Kimberly-Clark Malaysia, Radhika Agarwal berkata, pad baharu itu antara lain mengandungi ekstrak pokok teh semula jadi yang menyejukkan dan pada masa sama, melegakan, sekali gus menyahkan rasa rimas.

Selain itu, Kotex Herbal Cool juga menyuntik rasa segar, penyejukan berlanjutan sambil memberi perlindungan ketirisan yang maksimum. Semua itu akan membantu wanita dan gadis untuk kekal yakin dan bebas daripada kerisauan sepanjang hari, memastikan haid atau tidak, #SheCan meraih potensi sepenuhnya,” katanya.

Baru-baru ini, penyanyi dan influencer terkenal negara, Cik Manggis bergandingan dengan Kotex dengan melancarkan cabaran serba baharu tarian TikTok #KotexStayCool. Untuk melihat aksi Cik Manggis, anda boleh layari YouTube video ini.

Okey, sekiranya anda masih tercari-cari pad yang sesuai dengan anda lebih-lebih lagi pekerjaan anda terdedah dengan cuaca panas, Kotex Herbal Cool merupakan pilihan paling best!

Korang yang sudah bertukar kepada inovasi hebat untuk wanita itu, boleh kongsikan pengalaman dengan tag Kotex melalui @kotexmy dan jangan lupa letak tanda pagar #KotexHerbalCool, #KotexStayCool dan #KotexSheCan.

Layari www.kotex.my, Facebook dan Instagram Kotex untuk maklumat lanjut.

Pembelian boleh dilakukan di Lazada ya!