BERSOLEK merupakan salah satu cara untuk mentransisi wajah menjadi cantik.

Namun, kadangkala, jenis produk mekap yang kita gunakan tidak serasi dengan kita.

Natijahnya, kulit wajah akan tumbuh jerawat dan berkuping-kuping.

Lama-kelamaan, daripada rajin nak bersolek untuk nampak berseri-seri, akhirnya kita akan jadi malas. Betul tak?

Sebenarnya, situasi itu berlaku kerana kulit kita terlalu kering sehingga menyebabkannya menggelupas.

Merujuk laman web healthline.com, punca utama masalah berkenaan sebenarnya dipengaruhi oleh keturunan atau genetik.

Selain itu, masalah kulit kering juga boleh berlaku kerana kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang kita ambil.

“Paling terkesan apabila menggunakan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit sekali gus menyumbang kepada kulit yang kering,” beritahu portal kesihatan itu.

Jadi, pada hari ini, untuk menaikkan semangat para wanita untuk kembali menata rias wajah, SinarPlus kongsikan cara-cara mengatasi kulit kering secara semula jadi menurut Telegram Petua dan Kesihatan:

i) Menggunakan kuning telur.

Caranya:

1. Ambil kuning telur dan campurkan dengan madu asli.

2. Setelah dicampur kedua-dua bahan tersebut, sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama beberapa minit.

3. Kemudian, muka dicuci dengan bersih dan lakukannya secara teratur sehingga menjadi rutin.

ii) Kegunaan hebat buah betik.

Buah betik memiliki fungsi untuk melancarkan proses detoksifikasi.

Bukan itu sahaja, buah itu juga berupaya untuk memutihkan wajah secara semula jadi.

Kaedah yang mudah untuk mengatasi kulit kering adalah dengan menggunakan buah betik sebagai sumber krim pelembap.

Menyapu rata krim pelembap betik sangat sesuai untuk melembapkan wajah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

iii) Madu yang pelbagai guna.

Iklan

Madu yang dikeluarkan dari mulut lebah memang banyak khasiatnya.

Selain itu, madu memang terkenal sebagai penawar dan boleh membantu melembapkan kulit.

Caranya:

1. Campurkan madu dengan gula dan pisang yang sudah dilenyek.

2. Seusai itu, oleskan pada seluruh bahagian wajah sambil mengurut lembut otot-otot

Baca juga Suu Balm anjur kempen Jangan Gatal, sasar warga emas yang berdepan masalah kulit

iv) Buah avokado.

Iklan

Buah avokado juga boleh membantu memberi lembapan kepada kulit wajah.

Caranya:

1. Hancurkan buah avokado yang telah dilenyek dengan susu segar seperti menjadi krim.

2. Sapu pada seluruh bahagian wajah dan urut dengan lembut terutama di kawasan poin-poin untuk menegangkan otot wajah.

Oleh itu, lakukannya secara kerap dengan konsisten untuk mengawal lembapan pada bahagian kulit wajah.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram!