KULIT adalah organ paling luar dan terbesar di tubuh manusia.

Fungsinya bukan hanya untuk melindungi tubuh, tetapi juga untuk meningkatkan penampilan seseorang.

Tetapi sayangnya, ramai orang sentiasa melakukan tabiat yang cenderung merosakkan kulit daripada mencantikkannya.

Sekiranya kulit korang tidak dijaga dengan betul, terdapat banyak masalah yang boleh timbul.

Bermula daripada jerawat, kulit kering, kulit kusam, eksim, dan sebagainya.

Untuk mengelakkan kerosakan pada kulit, sangat penting bagi korang untuk memperhatikan aktiviti sehari-hari.

Adakah korang telah merawat kulit dengan betul? Adakah produk kecantikan kulit yang dipilih benar-benar sesuai dengan jenis kulit?

Sekiranya korang tidak dapat menjawabnya, mungkin empat kesalahan ini yang sering dilakukan tanpa sedar ianya merosakkan kulit.

1. Guna air panas semasa mandi

Mandi dengan air panas memang melegakan, terutamanya ketika cuaca sejuk.

Namun, mandi air panas terlalu kerap atau lama boleh mengeringkan kulit. Sebaiknya gunakan suhu bilik atau air sejuk.

Sekiranya ingin mandi air panas juga, pastikan tidak terlalu kerap dan lama.

2. Memilih produk pencuci muka

Produk penjagaan wajah dibuat berdasarkan jenis kulit. Ketahui jenis kulit korang sebelum memutuskan produk mana yang akan digunakan.

Untuk jenis kulit kering, haruslah memilih produk yang mengandungi pelembap.

cantik

3. Malas membersihkan solekan

Bagi yang sering menggunakan kosmetik, pastikan untuk selalu membersihkan wajah daripada sisa-sisa produk ketika hendak tidur.

Sekiranya tidak dibersihkan dengan betul, ia akan terkumpul dalam pori wajah dan menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti kulit kusam dan jerawat.

4. Malas menggunakan pelindung matahari

Sinaran UV boleh merosakkan struktur kolagen pada kulit sekali gus menjadikan kulit kelihatan kusam dan kendur.

Selain itu, pendedahan UV yang berlebihan boleh menyebabkan risiko mendapat barah kulit.

Justeru, untuk mengelakkan tabiat yang salah dalam merawat kulit, berikut petua memiliki kulit yang sihat dan cantik;

1. Minum air secukupnya

Minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari untuk membantu meningkatkan kelembapan kulit.

Kulit yang lembap akan kelihatan lebih kenyal dan sihat.

2. Makan sayur dan buah

Sayuran dan buah mengandungi banyak vitamin yang baik untuk kesihatan kulit.

3. Elakkan merokok

Rokok boleh merosakkan saluran darah sehingga aliran darah ke kulit terganggu. Kesannya, kulit akan kering dan kusam.

Iklan

4. Ketahui jenis kulit

Dengan mengetahui jenis kulit, korang boleh memilih produk kecantikan yang tepat agar hasilnya dapat dimaksimumkan.

5. Gunakan pelembap

Khusus untuk yang mempunyai kulit kering, pelembap adalah salah satu rawatan kulit yang mesti digunakan setiap hari.

aprikot

6. Pilih bahan semula jadi

Gunakan produk kecantikan yang berasal daripada bahan semula jadi. Elakkan produk mengandungi bahan kimia kerana boleh merengsakan kulit.

Iklan

Baca juga Serlahkan nama masing-masing dengan koleksi Alphabet dUCk serba eksklusif

7. Lulur atau skrub

Penggunaan lulur untuk wajah dan badan bertujuan membantu membersihkan kulit dari kotoran hingga ke liang pori.

Tabiat ini akan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat.

Kulit yang cantik dan sihat tentunya akan menjadikan kita lebih bersemangat dan berkeyakinan.

Untuk mendapatkannya, bukan hanya dengan produk penjagaan kulit yang mahal asalkan ia sesuai dan serasi dengan kulit kita.

Sumber: klikdokter