PERUBAHAN persekitaran, cuaca dan makanan sering dikaitkan menjadi antara penyebab berlakunya masalah kulit wajah.

Bagaimanapun, selain daripada perkara itu, tabiat dan kebiasaan yang kita lakukan juga boleh dikaitkan dengan masalah tersebut terutama menyebabkan kulit kering.

Disebabkan itu hati-hati dan beri perhatian kepada perkara yang korang lakukan setiap hari.

Antara perkara yang boleh menyebabkan hal tersebut berlaku ialah mandi dengan air hangat.

Mungkin sebahagian daripada kita kadangkala akan mandi menggunakan air hangat kerana berasa lebih selesa dan nyaman.

Namun, hal tersebut ternyata menyebabkan berlakunya masalah kulit kering disebabkan kehilangan minyak asli dan menipiskan permukaan kulit.

Tidak hanya itu ada beberapa hal lain yang turut menyebabkan kulit wajah menjadi kering antaranya:

1. Kurang minum air

Amalan minum air putih bukan sahaja baik untuk pencernaan, tetapi turut baik untuk memiliki bentuk kulit wajah yang sihat.

Minum sekurang-kurangnya lapan liter sehari cukup membantu organ tubuh berfungsi dengan bagi selain mengelakkan daripada mengalami hidrasi.

Permukaan kulit akan kering dan kelihatan seperti bersisik merupakan tindakan balas tubuh kerana kekurangan kandungan air dalam badan.

Selain air putih, jus buah-buahan tanpa gula juga antara solusi terbaik untuk perawatan wajah semula jadi.

2. Tiada pelembap

Salah satu cara untuk mengekalkan kelembapan kulit ialah dengan menggunakan pelembap. Gunakan secara teratur terutama selepas mandi dan mencuci muka.

Amalankan untuk beberapa minggu dan lihat hasilnya.

3. Pencuci muka tidak sepadan

Sebelum membeli atau membuat pemilihan jenis produk pencuci yang sesuai dengan kulit, sebaiknya kenal pasti dahulu jenis kulit wajah.

Segelintir berpendapat permukaan kulit muka yang kesat setelah mencuci sebagai bersih, sebenarnya salah!

Tindak balas begitu menandakan kandungan pH pencuci tidak sepadan dengan kulit dan mampu menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam.

Cuba periksa kadar kandungan alkohol dan bahan pewangi dalam produk agar tidak mencederakan kulit wajah.

4. Tindak balas bahan pencuci pakaian

Iklan

Mungkin alasan ini kedengaran tidak masuk akal kerana mustahil produk pencuci pakaian mampu memberi kesan kepada kulit.

Menurut kajian yang dipetik dari media CNN Indonesia, sabun pencuci yang memiliki wangian tinggi dapat menjejaskan kesihatan kulit.

Ini kerana secara tidak langsung pakaian yang telah dicuci mengenai permukaan wajah seperti sarung batal dan selimut.

Oleh itu, pilih produk yang baik dan kekal menjaga kesihatan diri agar kulit wajah bebas kotoran.

5. Memakai retinol terlalu kerap

Disebabkan ingin tampil sentiasa jelita dan awet muda, segelintirnya kerap menggunakan produk kosmetik yang memiliki kandungan retinol.

Iklan

Bukan sesuatu perkara yang salah, tetapi pastikan kadar penggunaan tidak terlalu kerap dan banyak.

Pakar menyarankan agar menggunakan retinol pada jumlah yang sedikit pada waktu malam terutama sebelum tidur. Sebelum itu, gunakan toner dan pelembap sebagai lapisan pertama dan seterusnya disusuli dengan retinol.

Ingat! Jumlahnya perlu sedikit sahaja.

Justeru, secara ringkasnya pelbagai boleh menyebabkan masalah kulit wajah semakin meruncing sekiranya tidak diatasi dengan segera.

Jika keadaan semakin terus, sebaiknya cuba dapatkan rawatan dan berbincang doktor untuk tindakan lanjut.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram