PERASAN tak kadangkala kita bimbang untuk menyarungkan baju polos warna gelap seperti hitam, coklat dan kelabu meskipun nuansa sedemikian membantu menyuntik elemen langsing.

Mengapa? Jawapan klise segelintir individu baik wanita dan jejaka adalah untuk mengelakkan kelemumur yang gugur dari kulit kepala jelas kelihatan pada bahagian bahu baju.

Biarpun sudah bermacam-macam cara dilakukan bagi mengatasi masalah rambut tersebut kelemumur tetap berlaku sehingga menyebabkan individu terpaksa menahan kegatalan kulit kepala yang melampau.

rambut kelemumur
FAKTOR stres dan penggunaan produk rambut yang salah antara punca berlakunya masalah kelemumur.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), individu yang ada mengalami masalah kelemumur bukan bermakna tidak jaga kebersihan. Cuma sesetengah individu mempunyai risiko lebih tinggi menghasilkan kelemumur.

“Masalah kelemumur berpunca antaranya disebabkan faktor umur, stres, alahan dan penggunaan produk rambut yang salah.

“Justeru, rawatan awal adalah dengan menggunakan syampu antikelemumur,” jelas PHM menerusi posting yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook rasmi baru-baru ini.

Artikel berkaitanSi Kecil Dijangkiti Kutu Rambut, Ini Tip Mudah Yang Boleh Diambil

Selain mengaplikasi pencuci rambut jenis antikelemumur, individu juga disarankan membuang sisik kelemumur perlahan-lahan menggunakan sikat atau berus rambut.

rambut
INDIVIDU tidak digalakkan menggaru kulit kepala secara agresif bimbang masalah kelemumur menjadi semakin teruk.

Ingat ya, jangan sesekali menggosok atau menggaru kulit kepala secara agresif kerana tindakan terbabit akan mengakibatkan masalah kelemumur menjadi semakin teruk.

“Jika penggunaan syampu tidak berjaya mengatasi masalah kelemumur individu dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan lanjut,” jelasnya.

Antara jenis syampu untuk rawatan kelemumur ialah:

rambut
– Syampu derma zink.
– Syampu berasaskan tar yang membantu memberi kesimbangan pengeluaran sebum atau minyak kulit kepala.
– Syampu dengan asid salicylic.
– Syampu selenium sulfide.
– Syampu dengan ketoconazole.

Sementara itu, portal hellodoktor.com turut berkongsi cara merawat kelemumur menggunakan bahan semula jadi seperti:
Aloe vera

Iklan

aloe vera
Urut kepala dengan aloe vera sebelum membilas menggunakan air bersih. Petua tersebut membantu melegakan rasa gatal.

Minyak zaitun


Letakkan 10 titik minyak zaitun pada kulit kepala dan tutup dengan sarung kepala jenis plastik seketika. Kemudian, keesokan harinya cuci rambut dengan bersih.

Lemon

Iklan

lemon
Lemon mengandungi keasidan yang membantu mengimbangi pH kulit kepala. Gunakan dengan mengurut dua sudu besar jus lemon pada kulit kepala.

Selepas itu, letakkan satu sudu teh jus lemon di dalam air dan basuh. Amalkan setiap hari sehingga masalah kelemumur bertambah baik.

Artikel berkaitanElak Guna Bahan Kimia Berlebihan Yang Boleh Rosakkan Rambut, Pilih Produk Ini…

Foto: Canva, Freepik dan Healthline.com