UNIQLO baru-baru ini mengumumkan kolaboratif kedua bersama pereka fesyen pakaian dalam terkemuka wanita dari Jepun, Maiko Kurogouchi.

Dalam satu kenyataan, UNIQLO berkata, koleksi innerwear terbaharu itu menggabungkan reka bentuk yang elegan dan feminin, di samping teknologi UNIQLO termaju dalam memberikan keselesaan yang luar biasa, walaupun pada musim sejuk.

Menariknya lagi, himpunan baharu tersebut yang terdiri daripada bra, underwear dan pakaian dalam lain, diperbuat daripada kapas dengan jaringan AIRism yang menghalang peluh.

Untuk memperincikan lanjut mengenai sentuhan terkini itu, berikut temu bual bersama Kurogouchi yang dirakam bersama UNIQLO baru-baru ini:

1) Apakah pertimbangan utama anda dalam mencipta pakaian pada musim sejuk antaranya seperti mengenai pemilihan fabrik?
KUROGOUCHI: Memandangkan perbezaan ketara antara suhu luar dan dalam pada musim sejuk, kami menggunakan fabrik kapas AIRism untuk mengekalkan keselesaan.

2) Bolehkah anda berkongsi pendapat tentang pilihan palet warna musim ini?
KUROGOUCHI: Komponen utama yang dipilih kekal ringkas, menggunakan warna asas, sekali gus mudah untuk digayakan. Untuk koleksi musim sejuk/luruh, saya membayangkan palet warna berdasarkan tona kelabu hangat yang akan membuatkan si pemakainya tampil cantik walaupun dipakai berlapis-lapis.

3) Tema kerjasama ini adalah ‘seamless transition between innerwear and clothes’ Bagaimanakah tema itu dinyatakan untuk himpunan pada musim ini?
KUROGOUCHI: Ketika pada musim sejuk, kami melapisi pakaian kami agar kekal hangat, namun kami mendapati diri kami berpeluh.
Harapan saya adalah untuk mencipta barisan pakaian dalam yang boleh dipakai sebagai baju sejuk dan kardigan, tetapi juga berfungsi dengan indah sebagai pakaian.
Kepercayaan saya ialah pakaian dalam perlu lebih serba boleh dan memiliki penggayaan yang lebih luas.

4) Apakah ciri reka bentuk item baharu (kardigan dan rajutan (knit) turtleneck) dalam koleksi ini?
KUROGOUCHI: Baju sejuk turtleneck adalah pakaian musim sejuk untuk saya dan mungkin untuk kebanyakan wanita lain. Digabungkan dengan penggayaan asas, rajutan 3D akan menampakkan sisi yang lebih hebat. Kesederhanaan menjadi tumpuan kepada kardigan dan potongan lain.

 

 

5) Apakah item yang paling bermakna kepada anda dalam koleksi dan mengapa?
KUROGOUCHI: Turtleneck knit!

6) Adakah anda memberi tumpuan kepada apa-apa sahaja seperti bahan yang digunakan untuk mencipta barisan item musim sejuk ini?
KUROGOUCHI: Pada musim sejuk, kami mengalami perubahan suhu sepanjang hari, beralih daripada kawasan luar yang sejuk kepada bilik dalaman yang dipanaskan. Kami juga memakai lapisan dan lapisan pakaian. Dengan material kapas AIRism Uniqlo, kami dapat mencipta item yang kekal kering dan selesa sepanjang hari.

Iklan

7) Mengapa barisan himpunan pada kali ini 'lebih kecil' daripada sebelum ini?
KUROGOUCHI: Ini kerana kami ingin menumpukan pada pakaian dalam yang merupakan teras kepada kerjasama ini. Setelah menawarkan item yang sama (pakaian dalam) pada musim pertama kolaboratif, kami mahu terus menawarkannya kerana saya fikir kesinambungan adalah penting. Kami mengemas kini sedikit potongan beberapa item dari musim pertama untuk menjadikan barisan kali ini lebih canggih dan cantik.

 

8) Koleksi Spring-Summer mendapat sambutan yang sangat baik. Bagaimanakah anda melihat kerjasama bersama UNIQLO?
KUROGOUCHI: Saya sangat bernasib baik kerana menyumbang kepada gaya hidup wanita melalui pakaian innerwear. Saya menganggap ia sesuatu yang penting untuk terus menjadikan koleksi terbaharu ini lebih cantik dan selesa untuk wanita melalui kemas kini 'kecil' bagi menambah keyakinan mereka.

9) Anda terus bekerja semasa pandemik COVID-19. Adakah pemikiran anda berubah dalam apa-apa cara antara tempoh pengeluaran himpunan ini?
KUROGOUCHI: Saya rasa saya sudah terbiasa dengan rentak kehidupan seharian semasa wabak berlaku. Dengan kerjasama ini dan koleksi utama Mame Kurogouchi, saya membuat penilaian tertentu untuk mencipta pakaian yang selesa.

10) Adakah anda mempunyai hobi kegemaran pada musim sejuk?
KUROGOUCHI: Semestinya menyaksikan salji turun dari sebuah bilik selesa lagi hangat.

BACA JUGA Sofistikated! Pereka tersohor dari Perancis, Christopher Lemaire beri sentuhan eksklusif pada koleksi musim luruh/sejuk UNIQLO

Iklan

11) Apakah barangan musim sejuk UNIQLO kegemaran anda?
KUROGOUCHI: Saya rasa item dalam koleksi ini akan menjadi kegemaran musim sejuk saya.

 

 

12) Anda mengadakan pameran solo pertama di Muzium Seni Wilayah Nagano beberapa bulan yang lalu untuk meraikan ulang tahun ke-10 jenama anda. Bagaimana Mame Kurogouchi pada 10 tahun akan datang?
KUROGOUCHI: Saya berterima kasih kepada kilang dan tukang yang membuat pakaian kami, pemborong termasuk pelanggan kami kerana memungkinkan kami untuk maju sejauh ini.
Melalui usaha Mame Kurogouchi, saya ingin menyerlahkan pertukangan Jepun dari pelbagai sudut dan memantapkan industri. Apa yang menarik perhatian saya tentang membuat pakaian adalah anda boleh menghasilkan barang-barang yang cantik secara besar-besaran dan ia kemudian boleh diakses oleh ramai orang.

13) Bagaimana anda stay fresh walau sangat sibuk dan pada masa sama, menghasilkan reka bentuk baharu?
KUROGOUCHI: I don’t reset my approach. Saya sentiasa mencipta, melapis dan kembangkan idea untuk menghasilkan pelbagai koleksi.

14) Apakah cadangan penggayaan yang boleh anda kongsikan?
KUROGOUCHI: Saya mereka bentuk rajutan turtleneck untuk diselaraskan apabila diselitkan atau dilepaskan. Apabila bahagian itu dimasukkan, lengan dan pergelangan tangan anda kelihatan langsing dan halus. Item ini akan berfungsi dengan baik dengan almari pakaian anda.

15) Adakah anda menemui apa-apa atau mengalami detik kegembiraan dalam mencipta koleksi baharu ini?
KUROGOUCHI: Saya suka menggunakan teknologi rajutan 3D UNIQLO untuk mengusahakan reka bentuk rajutan turtleneck ringkas that hugs the body three dimensionally.

16) Pada tahun ini, anda membentangkan hasil kerja anda melalui koleksi bermusim Mame Kurogouchi, prakoleksi, Mame Kurogouchi Basicsdan kerjasama anda dengan UNIQLO. Apakah pendekatan yang anda ambil?
KUROGOUCHI: I don’t reset my approach. Saya sentiasa mencipta, melapis dan kembangkan idea untuk menghasilkan pelbagai koleksi.

17) Dengan koleksi anda yang terdahulu, visual, video dan alatan kreatif yang lain sangat baik dan sepadan dengan koleksi anda. Apakah yang ada dalam fikiran anda semasa mencipta koleksi tersebut?
KUROGOUCHI: Dengan koleksi ini, saya ingin meraikan potongan pakaian dan kecantikan tubuh wanita yang wujud with the gentle curves of nature. Saya juga mahu menjadikan koleksi itu boleh diakses oleh wanita di seluruh dunia.