SAMA ADA bekerja ataupun sedang mengisi masa lapang, telefon bimbit, tablet dan komputer riba memang akan sentiasa menjadi peneman.

Namun, jika terlalu lama menggunakan peralatan digital, kita boleh terdedah kepada cahaya biru yang akan menyebabkan tekanan oksidatif, sekali gus mempercepatkan penuaan kulit.

Namun, usah terlalu risau kerana Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture SPF50+ PA++++ yang telah dipertingkatkan dengan teknologi Solarex-5 dapat mengekang masalah tersebut.

 

Inovasi terkini itu dapat melindungi kulit anda dengan lebih berkesan daripada kesan bahaya UVA/UVB dan memberi perlindungan daripada cahaya biru dan cahaya inframerah. Ia juga dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit,” kata jenama itu dalam satu kenyataan.

Produk tersebut terdiri daripada dua variasi iaitu UV Super Moisture Essence dan UV Super Moisture Gel yang diformulasi dengan ekstrak snow fungus yang dapat membantu melembapkan kulit kering sehingga mencapai keadaan penghidratan yang optimum.

Iklan

 

Iklan

“Jika jenis kulit anda lebih kering, pilihlah variasi UV Super Moisture Essence yang dirumus dengan tiga jenis asid Hyaluronic untuk kesan pelembapan yang lebih tinggi. Kulit juga akan lebih segar dan tanpa rasa berminyak,” ujar kenyataan itu lagi.