MINUMAN detoks dipercayai memang cukup bagus untuk membuang segala toksin dalam badan.

Menurut laman perubatan tempatan, hellodoktor.com, air detoks adalah istilah baharu untuk menggambarkan pelbagai resepi pemakanan dicipta untuk membersihkan badan, meningkatkan tenaga dan membantu menurunkan berat badan secara drastik.

Dianggap sebagai satu trend baharu, air detoks dicampurkan dengan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan herba seperti pudina, lemon, timun, limau, halia, tembikai dan sebagainya.

Namun demikian, ia tidak boleh diambil dengan begitu kerap terutamanya detoks lemon.

Mengapa? Laman web heathline.com memberitahu, pengambilan detoks lemon setiap hari atau berulang kali akan menyebabkan seseorang itu menerima kesan yang buruk untuk kesihatan.

Jadi, untuk mengelakkan sesuatu buruk berlaku, anda perlu kurangkan pengambilan detoks lemon.

Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu kesan sampingannya, berikut SinarPlus kongsikan:

i) Gigi terhakis.

Lemon adalah buah yang berasid. Oleh yang demikian, jika diambil secara kerap, asid lemon akan menghakis enamel gigi dan membuatkan gigi sangat sensitif dan mudah ngilu pada makanan sejuk dan panas.

ii) Pedih ulu hati.

Rasa masam yang melampau akan menyebabkan masalah pedih ulu hati. Bukan itu sahaja, rasa berkenaan apatah lagi diambil setiap hari akan memberi kesan kepada kesihatan perut seperti mengalami sakit perut dan berasa pedih.

iii) Kerap buang air, dehidrasi.

Iklan

Air lemon sebenarnya mempunyai vitamin C yang tinggi. Namun, pengeluaran air kencing meningkat disebabkan nutrien itu terkenal dengan sifat diuretik yang membuatkan anda kerap membuang air kecil.

Pun demikian, dehidrasi akan berlaku apabila mulut mula dan kulit mula kering serta sakit kepala.

Adakah badan kita memerlukan air detoks ini?

Jawab penyelidik makanan dan bekas jurucakap Akademi Pemakanan dan Dietetik, Joy Dubost, badan manusia tidak semestinya memerlukan air detoks.

Iklan

“Cara terbaik untuk membersihkan sistem badan adalah dengan meminum banyak air dan mendapatkan serat yang mencukupi bagi memastikan sistem pencernaan anda berfungsi seperti biasa.

“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik bahawa air detoks dapat memberi manfaat kesihatan, malah dengan hanya meminum air lemon detoks akan membuatkan individu yang mengamalkannya akan kelesuan dan hilang tenaga kerana tidak mendapat nutrien dan kalori yang diperlukan selama beberapa hari,” beritahu beliau.

Artikel berkaitan: Produk detoks hanya ‘detoks poket’ kata dietetik ini

Oleh itu, nasihat SinarPlus kepada orang ramai di luar sana, tidak perlu terlalu obses dengan air detoks.

Memadai untuk kita minum air kosong yang mencukupi selain mendapatkan serat secara semula jadi di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.