DARIPADA menu sarapan pagi hingga ke tengah malam, pastinya penggunaan minyak masak untuk menggoreng apa sahaja menu tidak dapat dielakkan.

Selain minyak masak, terdapat produk lain yang boleh menggantikan minyak masak yang diperbuat dalam kelapa sawit itu. Salah satunya ialah minyak zaitun.

Memetik laporan CNN Indonesia, satu kajian mendapati, pengambilan minyak zaitun dapat mengurangkan sekitar 34 peratus risiko kematian.

Tergolong dalam kategori lemak tidak tepu, penggunaannya untuk memasak memang amat disarankan.

Berdasarkan pecahan penyakit, sebanyak 19 peratus lebih rendah untuk meninggal dunia akibat serangan jantung, 17 peratus lebih rendah menghidap barah, manakala 29 peratus lebih rendah menghidapi penyakit terkait demensia dan alzheimer.

 

Baca juga: Jom cuba 4 resipi smoothie buah-buahan, sayuran baik untuk diet

Justeru, jom kita semak apa lagi kelebihan minyak zaitun dalam penggunaan seharian:

1. Khasiat

Memetik laman web columbiaasia.com, Pakar Pemakanan Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri, Johor, Yap Pau Lin berkata, minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu (MUFA), lemak poli tidak tepu (PUFA), omega 3 dan omega 6.
Minyak zaitun juga katanya, kaya dengan antioksidan seperti squalene, beta karotin, oleocanthal dan hydroxytyrosol. Selain itu, terdapat juga kandungan vitamin E tokoferol dan vitamin K.

2. Kurangkan stres

Iklan

Nampak remeh, tetapi minyak zaitun secara saintifiknya dapat mengurangkan tekanan atau stres seseorang.
Hal tersebut terbukti apabila individu yang mengambil minyak zaitun akan mengalami 48 peratus masalah emosi atau depresi lebih rendah berbanding mereka yang mengambil lemak trans.

3. Mencegah radang

Gangguan ketidakselesaan perut akan menyebabkan kita berasa tidak selesa sehingga hilang fokus dalam melakukan sesuatu perkara.
Bagi mengelakkan hal itu berlaku, pengambilan dua hingga tiga sudu minyak zaitun sehari dapat membantu mencegah penyakit radang usus besar atau ulcerative colitis.

MINYAK daripada buah zaitun kaya dengan kandungan antioksidan.

Bukan sahaja melibatkan kesihatan dari sudut sains, minyak zaitun yang dihasilkan daripada buah zaitun turut terbukti berkesan menurut agama Islam.

Iklan

Malah, kehebatan buah zaitun turut disebut di dalam al-Quran menerusi Surah an-Nuur (ayat 35), At-Tiin (ayat 1), Al-an’aam (ayat 99 dan 141), An-Nahl (ayat 11), Al-Mu’minuun (ayat 20) dan Abasa (ayat 29).

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram