MASALAH bibir hitam atau kering bukan sahaja menjejaskan penampilan seseorang.

Malah, situasi begitu turut menyebabkan seseorang berasa kurang berkeyakinan dan malu untuk tampil di depan khalayak.

Tidak dinafikan pelbagai produk kosmetik boleh didapati di pasaran seperti lip balm, petroleum jelly ataupun pelembap bibir.

Namun, apa kata kita cuba kaedah yang lebih semula jadi dan mudah didapati selain harganya yang murah.

Berikut Sinarplus kongsikan kepada anda, bahan-bahan asli yang boleh membantu mengurangkan kehitaman pada bibir dan kekeringan:

1. Madu

Sifatnya yang memiliki kandungan glukosa dan fruktosa dapat merancakkan pertumbuhan kolagen pada bahagian epidermis atau kulit luar.

Caranya dengan campurkan madu bersama gula kemudian gosok pada permukaan bibir bagi menghapuskan sel kulit mati.

2. Kunyit

Selain boleh digunakan untuk masakan, kunyit juga mampu membaiki sel kulit mati dan kulit kering.

Caranya dengan kisar kunyit (4 sentimeter) sehingga halus dan sapunya pada bibir. Biarkan sekitar 15 minit dan bilas dengan air bersih.

3. Minyak zaitun

Kaya dengan vitamin E dan K, minyak zaitun menjadi satu bahan yang boleh mencantikkan bibir secara semula jadi.

Caranya mudah sahaja. Ambil sedikit minyak zaitun dan kemudian sapukan pada bahagian bibir.

Sebaiknya amalkan beberapa minggu untuk melihat keberkesanannya.

4. Gula

Memiliki tekstur yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan skrub pada kulit dan begitu juga bibir.

Iklan

Caranya mudah iaitu gosokkan gula pada bahagian bibir seketika sebelum bilas semula dengan air bersih.

5. Minyak kelapa

Bukan sahaja dapat menyihatkan sel kulit bibir, malah minyak kelapa juga mampu menjadikan bibir berwarna merah secara semula jadi.

Tanpa perlu menggunakan sebarang produk kosmetik, minyak kelapa mampu menghilangkan sel kulit mati selain membuatkan permukaan bibir lebih lembut.

Selain penggunaan bahan yang dinyatakan, sebaiknya amalkan minum air putih dan diet seimbang.

Setelah mengenakan solekan pada wajah, sebaiknya bersihkan dengan betul terutama saat ingin tidur.

Iklan

Kaedah lain, anda boleh menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam untuk disapukan pada bibir sebelum menggunakan pelembap.

 

Sumber: Liputan6.com

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram