BUKAN satu perkara yang mudah menurunkan berat badan dalam masa yang singkat.

Mesti sahaja ada halangan seseorang itu untuk terus mencapai matlamat untuk nampak langsing.

Akibat tidak sabar, ramai yang memilih untuk mengambil ubat kurus sebagai jalan singkat tanpa berfikir tentang kesannya kelak.

Namun lain cerita dengan ibu muda ini, dikenali Intan Noorsyerina berumur 26 tahun, dia telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 40 kilogram dalam masa hampir setahun dengan cara yang sihat.

Cerita ibu kepada dua anak ini, dia memilih untuk kurus dengan caranya tersendiri dan perkara paling utama katanya tidak boleh stres.

Katanya, selepas melahirkan anak yang kedua, berat badannya naik mendadak sehingga lebih 100kg.

Namun dia nekad pada awal 2018, bermulalah misi dietnya.

Ini perkongsiannya;

Waktu aku sebelum buat diet ni, selepas bersalin anak nombor dua memang naik teruk badan. Berat badan almost 100kg++.

Makan malam tak henti disebabkan menyusu anak, tak dapat nak diet, lapar je memanjang.

2018 mulakan misi diet. Permulaan tu mula tak makan malam tapi still makan.

Aku buat zumba dan tabata jugak tapi kadang-kadang tewas. agak lama nak turun sebab jenis tak boleh tak makan nasi.

Makan nasi je terus naik berat badan, bukan salah nasi tapi badan ini yang terlalu mesra dengan nasi.

Pada awal tahun 2019, aku dah start tak ambik nasi selama setahun.

Nak kurus tak boleh stres, ibu muda ini turun 40kg dengan cara gembira

Artikel berkaitan: (Video) DIY: Potong, tampal lace teknik Rico Rinaldi

Hanya makan telur separuh masak, roti gandum dan sayuran, cut terus gula dan hanya minum air lemon dengan green tea sahaja.

Dalam masa yang sama juga aku buat puasa IF. Mula makan jam 12 tengah hari dan stop makan jam 6 petang. Malam tak makan apa-apa kecuali minum air kosong.

Memang struggle gila nak buat sampai BP pun turun tapi terpaksa nekad.

Satu sebab utamanya asal aku naik motor je mesti tayar pancit. Bukan nak body shamming tapi aku terpaksa kurus kan badan untuk kesihatan dan diri sendri juga, tak ada paksaan pun, dengan rela hati ye.

Start awal tahun 2020 ini baru aku start makan lauk-pauk. Tak kisah jenis lauk tapi nasi hanya ambik seminggu sekali sahaja.

Tapi kalau ada kenduri, memang tiada istilah diet bagi aku.

Yang penting, fokus apa yang diri kita nak dan buat dan satu je nak cakap apa yang paling penting adalah jangan stres. Kalau stres memang tak akan menjadi. Rilek OK.

*2018 before 105kg, 2020 after 60kg-65kg tak lari…

Jadi, untuk korang yang belum kurus lagi tu, boleh cuba cara ibu muda ini buat. Cara sempoi sebegini lebih senang untuk diamalkan.