SELAIN penjagaan kulit wajah, kesihatan rambut juga perlu diberi perhatian.

Hal itu tidak boleh dipandang enteng dan sambil lewa terutama buat golongan wanita.

Apa yang perlu anda peka adalah memahami jenis dan keadaan kulit kepala dan rambut terlebih dahulu agar pilihan pencuci dapat ditentukan dengan tepat.

Memetik laman web sunsilk.com.my, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan keadaan rambut sentiasa dalam kondisi baik. Berikut adalah huraiannya:

i) Bilas rambut menggunakan syampu dan perapi.

ii) Sebaiknya, basuh rambut dengan air sejuk kerana suhu rendah dapat menutup bahagian kutikel rambut.

iii) Seterusnya, jangan leraikan rambut kusut menggunakan sikap secara kasar. Lakukan dengan perlahan dari hujung ke akar. Sikat berus kayu dapat mengelakkan daripada rambut kembang berbeza berbanding plastik atau logam. Kedua-dua bahan tersebut mengandungi caj statik yang boleh mengakibatkan rambut kembang.

iv) Setelah memilih produk terbaik untuk rambut, seeloknya jangan kerap menggunakan pengering dan pelurus rambut. Suhu tinggi akan mengakibatkan merosakkan rambut.

Itu satu bab. Bagaimana pula dengan stail potongan rambut?

Iklan
POTONGAN rambut yang sepadan dengan bentuk wajah akan menyerlahkan lagi penampilan.

Ingat ya, tidak semestinya kita 'terpesona' dengan gaya rambut seseorang selebriti, ia sesuai dengan anda.

Sebagai panduan, berikut merupakan perincian yang boleh dilakukan sebelum anda membuat sebarang pilihan mengikut bentuk wajah menurut style-people.com:

1. Wajah bujur

Individu yang memiliki wajah sebegini mampu memilih sebarang potongan rambut tidak mengira sama ada pendek, panjang, bangs atau sebagainya. Bukan sahaja bentuk wajah, perwatakan individu itu perlu diambil kira. Sebagai contoh, wanita yang memiliki dahi ruang dahi yang sempit perlu melakukan gaya pisah sampingan agar kelihatan lebih jelita.

2. Wajah bulat

Iklan

Disarankan agar memiliki rambut panjang dan lurus. Biarkan ke bahagian sisi dengan gaya rambut perm minimum dan sikat ke belakang akan menyerlahkan keayuan wajah.

3. Wajah segi tiga

Golongan seperti ini memiliki luas pipi dan dahi, manakala bahagian dagu tajam.
Disarankan wanita yang memiliki wajah sebegini boleh melakukan potongan rambut bob paras bawah dagu. Potongan rambut lurus akan membuatkan bentuk muka seakan mengembang dan tidak sesuai.

4. Wajah persegi

Wanita yang memiliki ciri wajah bahagian pipi dan dagu luas serta bentuk rahang bersegi, boleh memilih gaya potongan rambut debut, bangs bergerigi dengan gaya rambut shaggy. Cara ini dapat memperlihatkan wajah seseorang lebih panjang atau kelihatan bulat.

Dengan segala panduan yang diberikan, diharapkan wanita di luar sana boleh contohi. Selamat mencuba..

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram