SEMPENA sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Kekasih pada bulan romantik ini, jenama kosmetik yang terkenal dalam kalangan peminat kecantikan milenial, Perfect Diary melancarkan dua set produk solekan iaitu Stiletto Rouge Intense Velvet Slim Lipstick Gift Set dan PerfectStay Weightless Soft-Velvet Blurring Loose Powder.

Menurut Pengurus Besar Perfect Diary, Vincent Chen, produk jenama antarabangsa itu boleh didapati di kedai rasmi Perfect Diary di platform e-dagang terkemuka Malaysia, Shopee.

Ujar Vincent, edisi terhad Stiletto Rouge Intense Velvet Slim Lipstik Gift Set mempunyai tiga warna istimewa iaitu merah, oren dan nude.

Menariknya, ia didatangkan bersama sebuah beg tangan berwarna putih keemasan dengan corak berbentuk hati sekali gus menjadikannya hadiah yang sempurna untuk orang yang disayangi atau diri sendiri.

Memang tidak rugi untuk anda memilikinya kerana reka bentuk beg tersebut merupakan inspirasi daripada kasut tumit tinggi yang melambangkan fesyen kaum wanita.

Sementara itu, kata Vincent, PerfectStay Weightless Soft-Velvet Blurring Loose Powder pula yang diformulasi daripada royal jelly dan elemen grape seed dapat membantu seseorang mengawal pengeluaran jumlah minyak berlebihan dan mengekalkan solekan hingga 12 jam.

“Tekstur yang halus dan ringan akan memberikan kemasan yang sempurna. Dengan tujuh tona warna berbeza untuk dipilih, PerfectStay Weightless Soft-Velvet Blurring Loose Powder padan dengan semua warna kulit. Ini termasuk dua warna baharu yang kini boleh didapati secara eksklusif di Shopee,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Jika pembaca SinarPlus berbelanja mulai hari ini hingga 28 Februari depan menerusi Shopee, Perfect Diary menawarkan diskaun hingga 50 peratus.

Iklan

“Selain itu, nikmati baucar potongan harga RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam satu pembelian,” katanya.

Kunjungi kedai rasmi Perfect Diary melalui laman web https://shopee.com.my/perfectdiary.os untuk mendapatkan tawaran menarik sempena musim perayaan.

Iklan

Jangan lupa untuk menambah nilai ShopeePay untuk pembayaran yang lebih pantas dan lancar.