PEMINAT dan pemerhati fesyen tanah air pastinya tidak sabar menantikan acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2021 dengan memperlihatkan penghargaan terhadap fesyen warisan atau Thread of Heritage.

Setelah tahun lalu diadakan secara dalam talian, acara berprestij itu kini berubah wajah dengan membariskan 26 pertunjukkan fizikal di Pavilion Kuala Lumpur bermula 3 hingga 7 November depan.

Menurut Pengasas KLFW, Andrew Tan, penganjuran kesembilan pada tahun ini memperlihatkan kelainan dengan menitikberat keindahan dan keunikan fabrik tempatan.

Katanya, generasi muda masa kini perlu lebih menghargai dan menjaga seni warisan nenek moyang agar tidak lapuk ditelan dek zaman.

“Tahun ini KLWF memperlihatkan koleksi Cheminahsayang yang merupakan satu rekaan istimewa batik blok tangan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminat Maimunah Iskandariah dan juga merupakan rekaan eksklusif oleh Yus, Kakee Batik, ” jelasnya.

Seramai 48 pereka tempatan akan memperagakan koleksi masing-masing di pentas peragaan termasuk dua hari acara dalam talian iaitu pada 1 dan 2 November.

Iklan

Pengunjung boleh melihat rekaan daripada pereka tersohor tanah air antaranya, Rizman Ruzaini, Alia Bastaman, Hatta Dolmat, Ezuwan Ismail, Syomirizwa Gupta, Behati, Fizi Woo dan ramai lagi.

Meskipun keadaan penularan Covid-19 masih belum reda, acara tersebut akan berlangsung mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Iklan

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram