PONY PARK yang merupakan YouTuber dan influencer terkenal Korea baru-baru berkolaboratif dengan NUDESTIX untuk kit edisi terhad, 5-Piece K-Beauty khas olesan pada bibir, mata dan pipi.


Pony yang juga seorang jurumekap di sana antara lain turut memperkenalkan kit Nude Blooms yang mengandungi:

Nudies Bloom (Cherry Blossom Babe): Boleh digunakan pada bibir, mata dan pipi untuk mendapatkan
Nudies Bloom (Cherry Blossom Babe): Boleh digunakan pada mana-mana bahagian wajah untuk dapatkan warna rona merah jambu terang.
Nudies Glow (Illumi-nakal): Dioles pada pipi dan pembayang mata yang tahan lama.


Magnetic Luminous Eye (Praia): Pensil mata 4-dalam-1, boleh digunakan sebagai pembayang mata, kelopak mata atau eyeliner.
Lip Glace (Nude 04): Gloss bibir yang menghasilkan warna yang memikat.

Pada masa sama, NUDESTIX juga melancarkan NudeFix Cream Concealer yang menggunakan teknologi super-gel yang membantu melembutkan kulit wajah di samping membantu mencegah pengoksidaan, memerangi kulit berminyak, mengatasi kegelapan bawah mata dan membantu pigmentasi wajah yang tidak sekata. Paling penting ia mampu mengurangkan jerawat.

Iklan

NudeFix Cream Concealer juga mengandungi vitamin E dan provitamin B5 untuk penghidratan, sementara sodium hyaluronate membantu melembapkan kulit.

Iklan

Pendek kata, jenama ini dicipta dengan kesempurnaan dan berkualiti tinggi. Ia tersedia dalam 13 warna yang menarik.

Semua produk NUDESTIX sudah boleh didapati di semua kedai Sephora di seluruh negara.