KEPADA peminat barangan kemas, jenama terkemuka global, Roberto Coin kini membuka butik flagship Asia pertama di The Starhill, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Premis tersebut antara lain mempamerkan pelbagai koleksi terlaris dan terkini seperti Love In Verona dan semua himpunan daripada Princess Family.

“Keunikan barang kemas yang diketengahkan dapat dilihat menerusi corak reka bentuk yang terikat dengan simbolik keindahan bandar tumpuan Itali seperti di Venice, Verona dan Rom.

 

Iklan

“Sesiapa yang memakainya seolah-olah memiliki sebahagian karya hebat negara berkenaan,“ kongsi kenyataan itu.

Butik Roberto Coin seluas 90.12 meter persegi tampak menawan apabila setiap ruang pameran disusun rapi bagi mengalu-alukan kehadiran pelanggan untuk menghayati ciptaan daripada sebuah jenama terbaik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu.

Iklan

Orang ramai juga boleh melihat dan menghayati hasil tangan Animalier yang menjadikan Roberto Coin terkenal bersama batu delimanya yang luar biasa.