PILIHAN busana yang terbaik merupakan satu perkara penting dalam membentuk penampilan.

Bukan sahaja melibatkan fesyen, malah kesihatan kulit juga perlu dijaga rapi.

Bermula dari hujung rambut sampai ke kaki, pastika semuanya tidak berparut.

Bukan apa, kewujudan parut pada bahagian kaki walau kecil boleh mengganggu emosi dan mengundang rasa rendah diri.

 

Baca juga: Sihat cantik apa nak buat kalau siku dan lutut gelap berikut kaedah mudah atasinya

Baca juga: Semarakkan sambutan tahun baharu Cina dengan gaya mempesona ini senarai yang perlu ada dalam gerobok 

 

Lebih memeritkan apabila ada suara nakal yang menegur ‘kumpulan bintik hitam’ dan menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Jangan khuatir, berikut beberapa bahan semula jadi yang boleh digunakan oleh anda untuk menghilangkan parut dengan mudah dan cepat.

1. Putih telur

Kandungan nutrisi yang ada dalam putih telur dipercayai baik untuk kesihatan kulit dan merawat bekas luka.

Caranya sapukan putih telur pada bahagian parut dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Campuran perahan limau nipis boleh diaduk bersama putih telur bagi mengelakkan bau yang kuat.

2. Halia

Pengambilan halia dikatakan baik untuk membuang angin dalam badan. Tidak hanya itu, halia juga baik untuk menghilangkan bekas luka di kulit.

Kaedahnya campurkan segenggam beras yang direndam sekitar 10 minit sebelum dicampurkan dengan beberapa hirisan halia dan tumbuk sehingga menjadi halus.

Pastikan tekstur bahan tidak terlalu kasar sebelum dicampurkan dengan sedikit air. Gaul adunan agar menjadi skrab dan gosok perlahan pada kaki atau tangan.

Iklan

3. Teh hijau

Dipercayai dapat membantu untuk menurunkan berat badan, teh hijau juga dikatakan boleh merawat parut dan memulihkan bekas luka.

Ambil hampas teh hijau dan gosokkan ke bahagian permukaan kulit berparut. Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, lakukan perkara tersebut secara rutin.

4. Limau nipis

Kaya dengan kandungan antioksidan dan vitamin C, limau nipis dapat membantu menghilangkan bekas parut atau luka secara semula jadi.

Iklan

Mudah dan menjimatkan, buah limau nipis yang dibeli kemudian dipotong kepada dua bahagian. Ambil bahagian yang telah dikerat tadi dan gosok ke kulit.

Setelah selesai, biarkan sekitar 30 minit sebelum membersihkannya dengan air.

Diharapkan perkongsian berkenaan dapat membantu korang untuk menghilangkan parut atau bekas luka pada bahagian kaki dan tangan secara semula jadi.

Selamat mencuba!

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram