TIDAK tahu pakaian apa yang dilaramkan ketika Syawal nanti, apa kata kita ‘melencong’ seketika dan singgah di butik jenama fesyen Muslimah terkemuka, Poplook.

Seperti biasa, Poplook pasti tampil dengan ‘buah tangan’ terbaharu yang pastinya mencuri perhatian ramai.

Jadi, tidak hairanlah apabila butik Poplook pada saban hari terutama pada hujung minggu dibanjiri dengan ramai peminatnya.

Apa yang menarik pada tahun ini? Kali ini, label terkemuka itu menampilkan 4 koleksi yang dinamakan The Dewi Collection, The Kemilau Collection, The Seroja Collection dan The Nona Collection.

 

THE DEWI COLLECTION

-Terlebih dulu, kita bicarakan tentang The Dewi Collection.
-Ia diinspirasikan daripada koleksi vintaj sarees.
-Koleksi ini dilengkapi dengan pelbagai jenis kurung moden dengan teknik tradisional India yang halus.
-Kapsul ini juga menampilkan perincian sulaman cermin yang indah yang mana ia memerlukan kerja tangan yang mengambil waktu yang sangat lama dan sukar.
-Terdapat dalam warna pastel.

Kami menyuntik elemen khas untuk koleksi ini dengan menggunakan kain jacquard metallic yang indah. Kami berkerja keras selama berbulan-bulan untuk mendapatkan keseimbangan struktur dan drape yang betul. Koleksi ini benar-benar istimewa. -Poplook

 

 

 

THE KEMILAU COLLECTION
-Menampilkan kilauan batu dan fabrik eksklusif.
-Hadir dengan sifon jacquard lembut dan digayakan bersama brokat fabric yang berstruktur cantik dan mewah yang padan dengan semua pemakai yang ingin kelihatan berani dan anggun di pagi raya.
-Elemen bahu puff yang exaggerate, bows dan ruffle berstruktur adalah trend yang klasik dan sentiasa menjadi pilihan pemakai pada musim perayaan.

Kami juga bermain dengab warna jewel khas untuk mereka yang ingin menyerlahkan penampilan dan warna pastel untuk mereka yang ingin kelihatan feminin dan minimal.”-Poplook

 

THE SEROJA COLLECTION
-Bermotifkan cetakan bunga yang minimal.
-Bakal memberikan penampilan yang sempurna kepada pemakai dengan memperlihatkan rekaan bunga yang mekar.

Oleh kerana motif bunga sinonim dengan jenama ini, kami telah mengembangkan proses lakaran ini dengan mereka setiap lakaran ini secara in house. Jadi, anda tidak akan melihat cetakan eksklusif ini pada jenama lain.” -Poplook

 

 

THE NONA COLLECTION
-Hadir dengan material cotton dan viscose.
-Terdapat seleksi baju kurung dan kebaya.
-Semestinya koleksi ini tidak panas dan sesuai dengan cuaca kita di Malaysia ini.


Koleksi Poplook Raya 2021 itu menyediakan saiz kanak-kanak untuk helaian terpilih.

Selain terdapat di butik fizikal, pembelian secara dalam talian juga boleh dilakukan www.poplook.com.